Sunday, August 23, 2009

Emm...dah agak lama aku tidak menulis diblog aku ini...dah hampir sebulan rasanyer...mgkin terlampau sibuk atau aku buat2 sibuk...nk dijadikan cerita,sebelom2 ni aktiviti aku agakla padat terpksa ke sana ke mari hinggakan aku xsempat nk jenguk blog kesayangnku ini....

Pada 25.7 hingga 30.7.....aku ke zagziq tuk mengikuti perlawanan bola sepak piala mlysia di Mesir...di hari pertama dan kedua aku tidak turun bermain disebabkan kaki aku msh bgkak terseliuh time friendly ngn dak2 medic...sakit hanya Allah yg tau,tumit xleh pijak kt tanah....disebabkan smgt sbb kwn2 pun da menang gak game yg aku xturun...aku pergi gak tengok depa lawan huhuhu...

di hari ketiga baru aku turun menentang kelate,xdpt membntu just seri 0-0...hr berikutnyer seandainyer team aku kalah atau seri peluang utk ke suku akhir samar-samar...Alhmdulillah setelah sekian lama xmenjaringkan gol,aku dapat gak menikmati kepuasan menjaringkan gol,aku jaringkan gol pembukaan lawan Perak dan kami menang 3-0 seterusnyer melayakkan diri ke suku akhir Alhmdulillah..

di suku akhir kami bertemu dengan team dr syoubra,perlawanan berakhir dengan keputusan seimbang seri 0-0,seterusnyer ditntukan dengan sepakan penalti...Alhamdulillah kami berjaya melangkah ke separuh akhir setelah jepun berjaya menepis 1 sepakan penalti pihak lawan so kami menang 5-4...

Thursday, July 23, 2009

Benci hukum Allah rosak akidah

SETIAP Muslim perlu berwaspada dengan segala tindakan, sikap dan pemikiran, supaya tidak bertentangan dengan prinsip agama.

Pengerusi Gabungan Pendakwah Islam Selangor (GPIS), Mohd Zain Abdul Rahman, berkata Muslim yang membenci hukum Allah akan rosak akidahnya.


Begitu juga jika membenci atau memandang serong terhadap saudara Islam yang memakai serban, mereka turut batal syahadahnya.

"Saya hairan ada segelintir orang Islam tak suka mendengar azan konon mengganggu mereka tidur.

"Ini berdosa besar kerana mempermainkan hukum Tuhan," katanya ketika berceramah di Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor, baru-baru ini.

Mohd Zain berkata, masyarakat Islam juga harus berwaspada terhadap media seperti televisyen yang memberikan pengaruh kuat dalam kehidupan seharian.

"Terdapat sesetengah program merosakkan akhlak generasi muda kita.

"Begitu juga dengan pengaruh internet, perlu digunakan untuk kebaikan dan mengerat tali persaudaraan," katanya.

Menurutnya, sesetengah pihak lebih cenderung menggunakan televisyen bagi tujuan hiburan mengasyikkan semata-mata.

Beliau juga mengingatkan orang Islam mengelak diri daripada perbuatan fasik, iaitu mereka yang ingkar atau memandang rendah perintah dan tegahan Allah.

"Orang fasik percaya kepada ajaran Islam, tapi tidak mengamalkannya atau mentakwil hukum Allah mengikut kefahaman sempit atau selera sendiri.

"Orang fasik boleh membawa kepada kufur jika membabitkan soal akidah, seperti mengutamakan pandangan manusia atau meneliti sesuatu secara empirikal semata-mata, sedangkan ia bertentangan hukum Allah.

"Muslim sejati mesti menimbang sesuatu pokok persoalan itu berdasarkan pertimbangan hukum aqli dan naqli secara seimbang," katanya.


aku petik dari keratan metro 23.07.2009

Wednesday, July 22, 2009

selamat tgl nuha syg..

Pada 20.7.2009 aku ke Tanta menghantar kwn baik aku ustaz nahi,mlm nnt dia akan bertolak ke mlysia dan aku xkan dpt berjmpa lg dh la dengan anak kesayangnku nurul nuha...

kesian anak kesayangn aku keletihan sampai tido pun meniarap

terserempak dengan kawan baik aku

ustaz kamal...

dukung nuha buat kali terakhir

nuha sdh aku plak senyum2 hehe..nuha jgn sdh2 erk nantikan ammu plak yang sedih huhu


masuk ni dah 3 thn aku ke mator(airport) asyik hnt org jer huhu...iAllah da rezki aku juga akan pulang thn ni doakan kejayaan aku di sini...

Friday, July 17, 2009

khas utkmu ibu...

Hujan...
kau ingatkan aku tentang suatu rindu di masa yang lalu
saat mimpi masih indah bersamamu
terbayang satu wajah
penuh cinta penuh kasih
terbayang satu wajah
penuh dengan kehangatan
oh..ibu.....
ibu......

Allah izinkanlah aku
bahagiakan dia
meski dia telah jauh
biarkanlah aku
bererti untuk dirinya
oh ibu...
oh ibu...
kau ibu...



Aku tulis tak habis sebab dah berulang,dengar sendiri ok...lagu ni aku tujukan khas buat ibuku tercinta..

Thursday, July 16, 2009

llmu



Kata orang tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad,tuntutlah ilmu sampai ke ngeri China....ianya bukan ungkapan yang asing bagi kita,namun tidak ramai yang sanggup mencari ilmu,kalau ada yang menuntut ilmu tidak ramai pula yang mengamalkannya dan kalau ada yang mengamalkan ilmu yang dituntut tak ramai pula yang menyebarkan ilmu itu....sebenarnya ilmu perlu dicari,dipelajari,diamalkan dan disebarkan...

Ilmu mempunyai kelebihan yg luar biasa,ilmu bagai lampu yang menyinari kehidupan seseorang malah menerangi seluruh alam ini.Ilmu mempunyai kuasa yang lebih besar dari harta...

Ilmu warisan para nabi manakala harta warisan Qarun..
Ilmu tidak habis apabila diberikan kepada orang lain,harta plak akan berkurangan apabila dibelanjakan...
Ilmu dibawa ke liang lahad,harta ditinggalkan di dunia..
Ilmu menjaga tuannya,harta memerlukan penjagaan tuannya...


renung-renungkan bersama

Monday, July 13, 2009

syukur padamu ya Allah

Seawal pagi aku mempersiapkan diriku,mandi siap2 kenakan jubah letak minyak wangi dan sebagainyer...aku melangkahkan kaki ke masjid utk menunaikan solat subuh,hari ini giliran imam yg paling aku suka,masyAllah suaranyer mendayu-dayu bila mana dia mengalunkan bacaan quran sungguh menyentuh jiwa dan perasaan...

Tengahari semalam aku ke jamiah(universiti) dengan harapan nak tengok natijah(result) tak rasmi daripada doctor-doctor yang bertugas...aku pergi dengan paly,aku dan paly telah menulis nama kami di atas 1 kertas alhmdulillah kami berjaya bagi kertas tu pada salah sorang doctor,doctor tu ambl dan serahkan pada sorang doctor lagi...kami menunggu dengan penuh debaran aku dah xboleh duduk diam ke sana ke mari....dalam hati aku berbisik najahkah aku????

Lama kami menunggu rupanya kertas kami tak dilayan adoiiii sedihnya dahla debaran xhilang-hilang lagi,doc plak buat dek jer....xlama aku menunggu datang dua org kawan aku nizam ngan muhaimin..depa nak tgk natijah sekali lagi walhal depa dah tgk dah sebelom ni dan sudah mengetahui natijahnya,mungkin mereka inginkan kepastian yang sebenar2nya pasti so aku ngan paly menuulis nama kami sekali lagi dekat kertas baru....

Lama gakla kami melilau kat depan pintu dengan adala doc yg simpati dengan kami...bt2 muka simpati utk menarik perhatian doctor huhuhu....nak ditakdirkan adala sorang doctor masuk bilik tu sebenarnyer dia nak p rehat2 jer,lalu dia cakap dekat doc yg bertugas,tolong tengak gak natijah dak2 muwafidin ni,kau ambik kertas biar aku tolong tengok utk budak-budak ni(doc ckp dlm bahasa arabla aku ubah suai hehe)....

Nizam wakilkan kami masuk ke dalam bilik,satu persatu doc tengok natijah kami...natijah nizam dapat jayyid(baik) so doc teruja la nak tengok yang lain-lain....sampai dekat nama aku doc cakap no aku yang aku kasi salah aduhai makin berdebar aku...no aku sebanarnya dah betol dengan nombor2 yang dah dilekatkan time exam tapi cmner leh salah aku pun pelik cmnilah kt mesir sebab sumer mender tulis tangan bkn dengan komputer...tapi nasib baik aku tulis nama so doc bc ikut nama aku la...dari luar aku dengar doc cakap 2 najah(berjaya) 3 maddatain(repeat 2 subjek)....

Aku mengucap syukur, debaran kencang dihati makin berkurangan...nizam keluar dengan membawa kertas lalu kami cepat-cepat ambil dr tangannya nak tengok doc tulis apa...Alhmdulillah sama seperti dia ucapkan tadi....syukur ya Allah,harap2 result ni betol sementara menunggu natijah yang sebenar..

Aku pulang ke rumah dan menelefon akak-akak aku dan adik aku,bgtau dorang result xrasmi aku sumer gembira dan mengucap syukur cumanya aku katakan kemungkinan tahun ini aku masih belom dapat beraya bersama2 iAllah raya haji nanti sempat kot...

Kalau mak masih ada tentulah mak orang yg paling gembira setelah mengetahui natijah aku..mak la orang pertama yang akan aku khabarkan berita gembira ni...terima kasih mak doamu dikabulkan Allah..

Malam tadi aku xdapat melelapkan mata,kerinduan terhadap mak kembali bertamu...mak,nan tol2 rindukan mak...nan ingat lagi setiap kali nan call mak,mesti nan suruh mak doakan kejayaan nan..mak selalu cakap yang mak sentiasa berdoa setiap kali lps smbhyang,mak selalu buat solat hajat tuk kejayaan nan dan mak juga selalu bgtau iAllah nan akan dapat balik tahun ni...perlahan-lahan air mata aku merembes keluar makin lama makin laju hinggakan aku sampai ke tahap teresak2...aku ingin melepaskan segunung kerinduan dalam diriku pada mak,hanya air mata yang sentiasa menemaniku dikala aku kesedihan dan kerinduan..

Mak...tiada lagi iringan doa darimu itu yang menyedihkan aku,tiada lagi celoteh-celotehmu padaku,tiada lagi nasihat-nasihat yang berguna darimu,tiada lagi cerita-cerita yang sering kau simpan semata-mata nak bercerita denganku.....

Mak...nan rasakan baru semalam nan berborak-borak dengan mak,dengar suara mak ketawa kecil...semua itu sering bermain difikiran nan mak...kadang-kadang nan rasakan cam xpercaya yang mak dah pergi meninggalkan nan buat selama-lamanya tapi itulah hakikat yang nan perlu terima mak...sudah ditakdirkan Allah nan insan terpilih utk diuji,mak...rinduku padamu xpernah padam dan aku menanggung rindu padamu sehingga akhir hayatku...moga dikau tenang di sana...uhibbuki

Friday, July 10, 2009

Tetamu

Pada 7.6.2009....jam 9.30 pagi aku mendpt sms dr ahli bait umah aku,katanya tetamu dari mlysia sudah bertolak dari kaherah...lalu aku berkira-kira,apa yang harus aku masak??...aku mana pernah masak utk org tua...sedap ke aku masak?? macam-macam perasaan berlegar dibenak aku,kalau setakat masak biasa2 utk dak2 umah tu xpe lagi... aku cuba yakinkan diri,tak dapat tidak aku kena masak gak...hrni aku nk masak tom yam ayam dengan daging goreng..tapi saluran air kat dapur plak buat hal,jenuh dah aku cuba betulkan tapi air tetap xnak mengalir..last2 pgl arab tolong betulkan...

Tetamu aku kali ini dari peneng,mak ayah kepada kwn umah aku...dorang sampai tepat jam 1 tghr,sebenarnya aku telah berkira-kira nak p tgk natijah(result) exam aku tapi aku batalkan hasratku kerana ingin menghormati tetamu....lgpun aku ketua rumah,tak manis plak aku rasa depa smpai2 aku kuar p kuliah...moga2 Allah membalas dengan kejayaan padaku amin ya Rabb...

Setelah berborak-borak aku dan kawan2 menjamu tetamu kami dengan masakan aku yg xseberapa..Alhmdulillah pak cik dan mak cik cakap masakan aku ok huh lega rasa hati maklumlah ni kali pertama aku masak utk org tua...diantara tetamu aku anak saudara pak cik yg blajar dekat kaherah katanya nasib dia anak bgsu kalo ada adik pompuan nak jer dia kasi kat aku hahaha kami semua ketawa dengan celoteh dia..

tomyam dah masak,daging jer belum masak lagi huhu..

tomyam ayam yg xseberapa...

Selepas selesai semua aku masuk ke bilikku,ku cuba tenangkan fikiranku..tiba2 perasaan sayu menyelinap dalam jiwaku,sebab aku ingatkan mak orang pertama yang akan aku cba rasakan masakanku tp mak org len yg mencuba terlebih dahulu tapi aku puas sbb tercapai gak hasrat aku utk masak pada org tua...mak andai di syurga aku boleh memasak akan aku cuba laksanakan hasratmu utk merasai masakanku yg xseberapa..betapa aku sangat2 merinduimu

Keesokan harinya awal-awal pagi aku siapkan nasi grg kampung sebagai sarapan...lps aku dh siap masak rehat-rehat,mak cik lak masuk dapur dia nk buat laksa kebetulan aku pergi ke dapur mak cik minta aku tolong dia,aku lagi-lagi suka..aku katakan padanya aku leh blaja skali,aku katakan padanya aku pun da cakap kat mak nk blaja masak ngan mak tapi xsempat mak dah pergi...mak cik terkejut besar,asyik keluar ya Allah,ya Allah jer dari mulut dia...hrni mak cik ajar aku cara nk bt laksa peneng dan kari dua2 skali gus pening gak aku,tapi aku cba hafal elok2 apa bahan2 yg akan digunakan...

bahan-bahan utk bt laksa...

Mak cik dan pak cik berada di rumah aku selama 3 hr,myeronokkan bila org tua dtg umah kita,cam2 leh borak,share masalah,byk gak pak cik n mak cik bg nsht kt kitaorg..nsht terakhir dari mak cik katanya dengar ckp ibu,apa2 pun kena dengar lalu dia katakan dlm hadis sndiri disebut ibu sebanyak tiga kali lalu aku myampuk aku katakan ayh lak jgn terasa erk pak cik tersenyum je bila aku cakap cam tu...

natijahnya berbuat baiklah pada tetamu sebaik mungkin dan jgnlah derhaka pada ibu bapa...

Sunday, July 5, 2009

Nuha sayang

Selama 5 hari aku berada di Tanta dan tujuan utama aku ke Tanta adalah nak bermain dengan nuha kesayangan anak kepada kawan baik aku ustaz nahi dengan harapan sedikit sebanyak hati aku terhibur..

aku dan nuha tersayang...

nuha tengok sini sayang...
nuha...secantik namamu...

kesian nuha aku ltk kopiah kat kepala dia
senyuman paling manis dari nuha...

ok nuha nanti kita jumpa lg yer....

Saturday, July 4, 2009

Ya Allah..

Sudah agak lama aku tidak menulis di dlm blog kesayanganku ini....aku pun msh terpikir2 apakah entry yg sesuai ingin aku masukkan di dlm blog aku kali ini...okla sblm aku menulis serba sedikit aku nk ceritakan apa yg aku buat kat tanta..

Pada hari rabu yg lps aku mengajak kwn baik aku wan mohd al hafiz pergi salah sebuah maktabah(pustaka) yg agak terkenal gak di tanta kerana di situ terdpt buku-buku yg diterjemahkan ke dalam bahasa melayu...aku membeli 4 kitab antaranya KITAB TAUHID,FIKH WANITA,FIKH AL-SIRAH dan JANGAN BERSEDIH SETELAH KESULITAN PASTI

Aku sgt2 tertarik dgn satu buku yang bertajuk jangan bersedih lalu aku terus membacanya seolah-olah xsabar ingin mengetahui apa yg menarik di dalam...ada beberapa petikan di dlm buku ini bila aku membacanya terasa menyelinap ketenangan di dlm diriku...antara petikannya:

ALLAH: Sang Pemilik segala keagungan,kebesaran,kewibawaan dan keperkasaan...

Sekalipun ku lukis keagungan-Mu
dalam gerosan
sabagai tanda kesucian yang mempereratkan jiwa
Engkau tetap Yang Teragung
dan tempat segala yang bermakna
Ya Allah hanya pada keagungan-Mu
segalanya terasa lapang..


Ya Allah,gantilah penderitaan ini dengan kesenangan,balasan kesedihan sebagai hal yang mengembirakan dan hilangkanlah perasaan takut ini kepada ketenteraman.

Ya Allah,sejukkan gelora hati dengan salji keyakinan dan padamkan gelojak api jiwa dengan air keimanan.

Ya Allah,berikanlah rasa mengantuk sebagai kenyamanan bagi mata yg tidak dapat pejam.Berikan rasa damai bagi jiwa-jiwa yg resah ini suatu kedamaian.

Ya Allah,tunjukkanlah penglihatan ini menuju cahaya-Mu,bimbinglah kesesatan ini ke arah jalan-Mu dan bimbinglah orang yg tergelincir menuju petunjuk-Mu.

Ya Allah,lenyapkanlah segala keraguan dengan cahaya mentari di ufuk timur.Hancurkan segala kebatilan yg bersarang di dalam perasaan secerah sinar kebenaran.Hapuskan segala tipu daya syaitan dengan pertolongan bala tentera-Mu.

Ya Allah hindarkan aku dari segala kesedihan,hilangkan kesengsaraan dan jauhkan dari segala kegelisahan dari jiwaku.

Ya Allah aku berlindung kepada-Mu,kecuali hanya takut kepada-Mu.aku berlindung dan bertawakkal hanya kepada-Mu.aku berlindung dari kepasrahan kecuali hanya pasrah kepada-Mu.Aku meminta hanya kepada-Mu,memohon pertolongan hanya kepada-Mu.Hanya Engkaulah sebagai penolongku kerana Engkaulah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.





petikan dari kitab la tahzan(jangan bersedih) dikarang oleh DOC.AYIDH BIN ABDULLAH AL-QARNI...

Wednesday, July 1, 2009

peranan anak selepas kematian

Walaupun sebulan sudah berlalu tapi rinduku pada emak tak pernah padam,dalam aku cuba utk mengurangkan perasaan rinduku aku menyibukkan diri menulis blogku meluahkan apa yg terbuku di hati,mencari input-input yang berguna di blog orang lain dan melarikan diri ke tanta....

Hari ini aku terpikir-pikir apa yang ingin aku tulis dan share dengan sahabat-sahabatku lalu terlintas di mindaku peranan seorang anak selepas kematian ibu bapanya...aku mencari serba sedikit maklumat utk dimasukkan ke dalam entry terbaruku...

MENTAATI KEDUA IBU BAPA

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.” - Riwayat al-Hakim

apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.

Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar.

Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredhaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.


Sayangiah ibu bapa kita kerana merekalah yang membesarkan kita dan mendidik kita menjadi insan yang berguna...kata orang tua hatta nyamuk seekor pun emak xkasi gigit badan kita,mereka berkorban masa tido mereka bila terdengar tangisan anak,mereka sanggup berkorban tenaga dalam membesarkan kita,mereka juga mengobankan perasaan bila anak berjauhan dari mata...

Tapi kita sanggupkah kita berkorban segala-galanya seperti mereka korbankan kepada kita?tanyalah diri kita apakah peranan kita yang telah kita lakukan tika hayat mereka masih ada dan belom terlambat utk kita berbakti kpd mereka...tanya diri kita adakah kita pernah mengguriskan perasaan mereka?adakah mereka berpuas hati dengan sikap kita sekarang terhadap mereka...ingatlah redha mereka lebih penting dari segala isi bumi

Kata-kata ini aku tujukan pada diriku yang lemah dan buat sahabat sahabiah sekalian..ingatilah jasa mereka selagi hayat mereka masih ada jgn menyesal di kemudian hari...

emak...rinduku padamu tak pernah padam,aku mengharapakan sebelum mak menutup mata,mak pernah medoakan aku dan memaafkan salah silapku selama ini terhadap mak samada sengaja ataupun tak sengaja..ampunkan anakmu

Tuesday, June 30, 2009

mati itu pasti!!!!

Firman Allah s.w.t dalam kitabNya dalam surah ali-imran..
"Setiap yang bernyawa itu akan merasai mati........"

Sesungguhnya kematian manusia tidak akan dipercepatkan walau sedetik pun dan tidak akan diperlambatkan walaupun sedetik.

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

YANG BERLALU BIARKAN IANYA BERLALU
YANG MENDATANG HADAPINYA DENGAN CEMERLANG

Ada orang menggunakan pepatah ini untuk melupakan kisah hitam dalam hidupnya dan ada orang menggunakan pepatah ini untuk melupakan kisah cinta yang tak kesampaian dan ada pula orang menggunakan pepatah ini untuk menenangkan hatinya ditinggalkan orang tersayang buat selama-lamanya...

Hari ini genaplah sebulan emak meninggalkan dunia yang fana..meninggalkan suami tercinta,meninggalkan anak-anak tersayang,meninggalkan cucu-cucu yang di kasihi...

Setiap insan,binatang,tumbuhan dan serangga pasti akan menemui kematian bezanya cepat ataupun lambat dan wasilah kematiannya...ada yang meninggal waktu tengah solat,ada yang meninggal terlibat dalam kemalangan,ada yang meninggal dibaham binatang,ada yang meninggal dibunuh,ada yang meninggal mati lemas,ada yang meninggal terbakar dan ada bermacam-macam cara kematian..

Di dalam menghadapi ditinggalkan orang yang kita kasihi imanlah yang paling penting...ada yang tak dapat menerima kematian orang yang dikasihi walhal dia sudah beriman dengan qada' dan qadar Allah Taala...ada yang menjadi gila,ada yang tak lalu makan dan ada yang sanggup membunuh diri kerana merasakan dah tak mampu meneruskan hidup tanpa orang yang dikasihi....sayyidina umar sendiri saat diberitakan kewafatan baginda rasulullah,beliau sendiri ingin memancung sesiapa yang mengatakan rasulullah sudah wafat akan tetapi kekuatan imanlah yang menyedarkan beliau...

Itukan sahabat apakah kita yang imannya lagi-lagi jauh berbanding dengan sahabat?...dan dalam menghadapi kehilangan orang yang paling kita kasihi imanlah yang paling utama,pupuklah ianya dari sekarang agar kita redha dan lebih tenang dalam menghadapi saat-saat yang pasti akan dihadapi oleh setiap insan..

Dalam satu hadis Rasulullah mengingatkan melalui sabdanya “Perbanyakkanlah mengingati akan sesuatu yang memisahkan ni’mat iaitu mati"

Sama-sama kita renungkan....

Monday, June 29, 2009

Jenazah

Arwah emak tersayang....mak meninggal pada 30.5.2009,disaat emak ditanam keluarga aku mendapat 1 sms mengatakan besan emakku pulak meninggal..moga mak dan besannya aman di sana




Emak dan besannya xsempat menyaksikan saat2 bahagia cucu perempuannya dan majlis kesyukuran pada 10.6.2009...moga engkau bahagia hingga akhir hayat disamping suami tercinta


Disaat diaorg berbahagia dengan perkahwinan lain plak cerita anak sepupu aku nik afiza,dia meninggal pada 18.6.2009,sewaktu menghantar adiknya ke sekolah dan terlibat dalam satu kemalangan...sepatutnya di mlm harinya,dia akan bergelar seorang isteri

Keesokannya abg sulong ayah plak mengadap Ilahi....dalam tempoh sebulan 4 kematian melibatkan kaum kerabatku,moga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka...al-fatihah

Thursday, June 25, 2009

pulang


Penat masih menyelubungi diri,dua malam berturut-turut aku ke mator(airport) hantar kwn2 nk balik ke malaysia...malam pertama aku hantar kawan aku hafiz junior aku kat kusza manakala malam kedua plak aku hantar hantar kwn baik aku time skola menengah...

Seronok tengok kwn2 dh balik ke malaysia tp aku hanya mampu memandang kpl terbang dr jauh sahaja...aku sebenarnya bukan suka sgt naik kpl terbang ni sbb itu aku pikir tgu habis baru aku akan pulang ke mlysia tp memandangkan hal xdpt dielakkan aku terpksa pulang gak sebabnya aku dah cam blur sikit berada di bumi mesir,aku kena cari semangat terlebih dahulu,perasaan rindukan kuarga plak sering menggamit aku dan yang terpenting aku ingin menziarahi kubur insan yg paling aku sayangi...apa pun aku menunggu natijah imtihan aku terlebih dahulu,barulah aku akan membuat keputusan bulan berapa aku harus pulang??....

Aku dah dapat bayangkan betapa sunyinya kepulanganku nanti tanpa mak...semalam aku chat dengan adikku hamid,dia berada di UM menguruskan khairat...katanya dia sunyi berada di kampung slps ketiadaan mak,lagi-lagi sedih sbb hari konvo dia jatuh hrjdnya dan mak xdpt tgk mjlis konvokesyen hari plg gmbra bg seorg insan bergelar graduan...katanya lagi dia xsempat nk balas jasa2 mak,terharu aku dengan kata2 dari adikku,kali ini aku rasakan dia berckp lbh matang dari kebiasaannya...

Pulang......pulang,pulang perkataan tu seringkali berlegar2 di kotak pemikiranku,result blom keluar lg cmner aku nk pkirkan pasai pulang...hatiku masih berdebar menunggu keputusan peperiksaan aku kali ini dan aku mengharapkan aku najah pd tahun ini...ya Allah KAU najahkan aku ya Allah..

Monday, June 22, 2009

Green light


Semalam aku menelefon adikku,ku tnykan khabarnyer...di awl percakapan adikku masih ok,tp lama-kelamaan suaranya bertukar menjadi sayu,mula menangis...dia memulakan cerita,katanya 3 hr sblm mak meninggal dia jatuh bilik air,dia telefon mak bgtau keadaannya...mak cakap kenapa tak berhati2 dan camna leh jatuh....3 hr kemudian mak plak jth blk air dan pergi buat selama-lamanya,katanya lagi mak pernah ckp yang mak tanam lada dekat rumah kalau adik balik nnt adik boleh tengok hasil tanaman mak....dalam sendu2 adik bercerita,sebagai abg aku hanya menjadi pendengar setianya sahaja...ku tahan air mata agar adikku xtau yg aku juga tersentuh dengan cerita-ceritanya...

Seandainya aku menangis aku khuatir adik aku akan menjadi lebih lemah...ku katakan padanya yang aku lagi merindui mak...dh berthn xjumpa...dengan harapan adik aku jadikan aku contoh mksdnya nak bgtau dia aku lbh2 lagi merindui mak berbanding dia...Alhamdulillah adik cam leh trima,ku katakan lg,mak meninggal dengan baik kita pun dapat tgk xseperti org lain kena tembak,kena bom lagi teruk dan dahsyat supaya dia mengerti ujian Allah kepada org lain lagi besar...

Aku juga menelefon ayhku bertnykan khabarnyer...ayah xbrapa sihat suara pun dah serak2 sakit tekak katanya...aku juga mendapat tahu sehari selepas kematian anak sepupuku abg sulong ayah plak meninggal...myusul sorang plak dari kaum kerabatku..

Abang-abang dan akakku semua bertnykan bila aku akan pulang,aku bgtau yg aku sedang menunggu natijah(result) apapun lepas kuar natijah baru aku akan bt keputusan aku akan balik bila nanti...apapun kalian sabar menunggu kepulanganku nanti,rasanya pulangku kali ini kurang bererti tanpa senyuman dari mak...akan aku ziarahi kuburmu mak melepaskan rindu yang sudah begitu lama terbuku di hatiku pada mak...betapa rinduku padamu xpernah kurang...mak aku merinduimu...

Saturday, June 20, 2009

Kesian adikku

Setelah selesai slt subuh,baca yaasin aku meneruskan tdoku lg hehe...biasala kt mesir di musim panas lepas subuhla paling best tdo sebabnya time tu cuaca dah agak sejuk...malam2 susah nk tdo panas sangat....kipas tu xda rehat 24 jam jer memusing kesian kipas,xpelah kipas dah 6 bulan berehat time musim sejuk...sapa nak guna dah betol2 sejuk huhu...

Terjaga dari tidur aku melihat hp aku ada sms rupanya,lalu ku buka ingin tahu sapa gerangan send sms kat aku dan apa yang dia mahu....rupanya adik bongsuku,messagenya berbunyi camni..SALAM..ABE PE KABO? ABE,JAH RINDU KO MAK LA...RINDU SANGAT-SANGAT NAK DENGAR SUARA MAK....sayu sangat bila dpt msg dari adik bongsu aku menyatakan rasa rindunya pada arwah mak...air mataku menitis lagi mengenangkan adik bongsuku...kesian adikku

Orangnya tak pernah berpisah lama dengan mak...baru jer 2 mgu mendaftarkan diri dekat kolej kejururawatan di Negeri 9,tiba-tiba mak pergi buat selamanya....aku paham dan mengerti perasaannya lalu kupujuk adikku,ku sms padanya...WKLSM SORY JAH ABG TDO TADI,ALHMDULILLAH ABG SHT,JAH LAK?..JAH SABARLAH ERK,ABG PHM PERASAAN JAH..ABG LAGI-LAGI LA RINDU 3 TAHUN XJUMPA MAK DAN XKAN JUMPA SAMPAI BILA2..DAH XLARAT NAK MENANGIS...aku mengharapkan sms ku ini sedikit sebanyak dapat menenangkan jiwa adikku...aku mengharapkan dia tabah menghadapi hari2 yg mendatang tanpa mak...

Sewaktu berada di rumah,aku selalu gakla marah2 kat adik bgsu aku ni...aku kata kat dia "tolongla mak,xkesian ker tgk mak..mak tu menoreh lagi,membasuh,memasak...mu relax2 jah"....tapi dia beruntung sebab mak selalu back up dia...penat2 jer aku marah adik...mak cakap "xpelah adik mu tu letih,biar dia belajarlah.."aku cakap plak "xkanlah besar cmni pun xleh tolong mak lagi,belajar2 gak tak kan nanti kawin baru nak belajar2 dok dapur"....tapi mak lak cakap "xpolah nanti dia habis belajar dia tolongla mak"....aku terpaksa akur dengan kata-kata mak...


Selalu gakla aku usik2 adik aku kekadang sampai dia merajuk-rajuk xnak cakap dengan aku dan aku selalu gakla aku kena marah ngan mak sebab kacau adik,maklumlah aku xramai adik just ada 2 org je,1 laki..1 pompuan....tapi aku dah siap-siapkan tektik camna nak pujuk adik,ku katakan padanya "esok tengokla da orang tu pi skola naik motor ayh"...mulala dia tersenyum-senyum,sebab dia segan nak pergi sekolah naik motor buruk ayah,kekadang no plat tercabut so bagi dia jatuh standard,kenala abg dia mengalah naik motor ayh...


Jah banyakkan bersabar..sedekahkan yaasin pada mak setiap hari,jangan lupa jasa-jasa mak dalam membesarkan kita......


motor kesayanganku....

Friday, June 19, 2009

Ajal tak mengenal usia

Setelah selesai membaca yaasin utk arwah ibuku dan anak spupuku,aku termenung sendirian mengenangkan ujian yg menimpa atas diriku lalu ku hitung tak sampai 3 mgu aku sudah kehilangan 2 org kaum kerabat terdekat selepas ini sapa plak yg akan menyusul????....adakah aku?adakah abang2 aku??adakah kakak2 aku ??? adakah anak2 sdareku.....atau sesapa saja

Semalam...sebagai saudara aku menelefon anak spupuku bertnykan khabar ahli keluarganya...menurutnya akaknya kehilangan byk darah,tiada patah2 kecuali cedera teruk di kepala dan meninggal di tempat kejadian...

Apa yang amat menyedihkan sepatutnya malam td saat2 bahagia yg ditgu oleh setiap insan di dunia,malam td sepatutnya upacara akad nikah dan ianya bertukar menjadi majlis tahlil...menurutnya lagi bakal abg iparnya datang dengan berpakaian pengantin,siap menyambut arwah di kubur dengan berpakaian pengantin...alangkah sedihnya saat bahagia bertukar tragedi

Aku menyuruh anak spupuku bersabar dengan ujian dr Allah...ku katakan padanya "mu lagi beruntung dari aku,ada disisi saat dia tiada"...katanya"ya,tapi sy xsangka dia pergi awl,umur muda lagi kalau cm mak awk xpelah dia dah tua bolehla agak dia akan pergi"...aku tersenyum mengakui kata-katanya,mungkin dia terlalu sedih hinggakan lupa ajal xmengira usia...

Kalau aku bertnykan padanya adakah dia sanggup menukar tempatnya dengan tempatku?....manakan sama hilangnya seorg ibu dengan seorg kakak!!...manakan sama hilangnya seorg ibu dengan hilangnya seorg ayah!!...manakan sama hilangnya seorg ibu dengan seorg atuk!!...pastinya takkan sama,tidur dengan baring tak akan sama walau hakikatnya sama...

Bukan niat aku utk membanding-bandingkan....bukan niat aku nak katakan yg ujian aku lbh besar darinya....tp ketahuilah hatinya lebih tenang berbanding aku,kembali akaknya menemui AL-KHALIQ di depan matanya...sempat beraya dengan arwah akaknya...tapi aku hampir 3 thn dah xbertemu mata dengan mak dan aku akan menanggung rindu sampai penghabisan umurku di bumi...kali terakhir aku melihat mak adalah hari pelepasan aku ke Mesir...

Hatiku kadang2 bercelaru,berkecamuk,berserabut....mungkin setelah melihat kubur mak baru hatiku sedikit tenang...lambaian pulang membuatkan hatiku semakin meronta-ronta ingin pulang...tapikan mak,mak jangan bimbang,nan masih ada iman..ada Allah Taala yang menjaga,DIA lebih arif akan nasib hamba-NYA....

Ya Allah KAU berilah hamba-MU ini sedikit kekuatan menghadapi ujian2 dari-Mu...berilah aku ketenangan moga aku tenang beribadat utk-MU...KAU ampunilah dosa-dosa ibuku,KAU tempatkanlah dia di kalangan mukminah solehah...moga mak berbahagia di sana..doaku sentiasa mengiringimu mak....percayalah rinduku padamu xpernah luput..

Thursday, June 18, 2009

KEMATIAN

Dari Abdullah bin Abbas ra bahwa Saad bin Ubadah ibunya meninggal dunia
ketika ia tidak ada di tempat, lalu ia datang kepada Nabi SAW untuk
bertanya,"Wahai Rasulullah SAW sesungguhnya ibuku telah meninggal sedang
saya tidak ada di tempat, apakah jika saya bersedekah untuknya bermanfaat
baginya?" Rasul SAW menjawab,"Ya." Saad berkata,"Saksikanlah bahwa kebunku
yang banyak buahnya aku sedekahkan untuknya." (HR Bukhari)

Jam 8 pagi tadi aku dikejutkan 1 sms dari anak sepupuku nik elyani...katanya SEDEKAHKAN AL-FATIHAH,aku cukup fobia bila dapat sms menyuruh aku sedekahkan al-fatihah..aku tahu mesti ada kematian,rasanya tak mampu utk aku meneruskan bacaanku...tapi aku gagahkan gak diri aku utk menghabiskan bacaan sms yg terpapar di skrin hp aku....UTK KAKAK SY AFIZA,TELAH MENINGGAL KERANA KEMALANGAN PAGI TADI...tiba2 air mataku mengalir tanpa ku pinta,aku cuba menahannya tapi ia tetap gak mengalir,mak baru je 2 mgu pergi meningglkan aku kini giliran ank sepupuku pula yang menyusul...

Kepala aku tiba2 menjadi pening,rasa berat jer..mata dah bertakung dengan air mata,percayalah air mata itu hangat,ianya boleh memeningkan kepala..dah berkali-kali sebenarnya aku pujuk hati ini supaya jangan menangis lagi tapi apakan daya aku juga insan yang lemah...kalau blh aku dah xingin menangis lagi tp hari ini air mataku gugur lagi..lemahnya aku ya Allah

Lalu sms kedua menyusul SEPATUTNYA MALAM NI DIA AKAD NIKAH..TAPI TAK SANGKA PLAK HARI NI HARI TERAKHIR DIA.AIDA JADI FOBIA SEBAB KAK JA NAK
PERGI HANTAR DIA KAT SEK MEN RENEK,MASA DALAM PERJALANAN BERLAKU EXCIDENT DENGAN ORANG SETEMPAT....alangkah sedihnya,aku dapat rasakan kesedihan yang melanda jiwa sepupuku...kak ja anak sulong dan merupakan org pertama yg akan berkahwin dlm keluarganya tapi Allah lebih awl menjemputnya..

Kalau 2 mgu yg lalu,eli sms pada aku ucapkan takziah dan meminta aku supaya banyakbersabar ..kini sebaliknya aku pula yg memintanya bersabar dengan ujian yang menimpanya...banyakkan bersabar,iAllah Allah akan ganjarkan pahala yang besar pada hamba-Nya yang bersabar dengan ujian......eli, Allah pilih kita untuk diuji,Allah nk tengok iman kita..kita mampu x menempuhinya

Aku rasakan jari-jemariku sudah begitu lemah utk menaip posting terbaruku ini...dalam tak sampai 3 minggu aku harus bersabar,bertenang menerima berita kehilangan ahli keluargaku yg terdekat...Ya Allah KAU tenangkanlah jiwaku,KAU kuatkanlah diriku...hanya ENGKAULAH yangberhak ke atas hamba-MU..aku insan yg lemah hanya pada-MU tempat aku mengadu,meluahkan apa yang terbuku dihati..ENGKAU MAHA MENDENGAR lagi MAHA MENGETAHUI akan apa yang ENGKAU ciptakan...perancangan-MU lebih teliti dari maner2 perancangan manusia...

Bagi yg masih hidup ringan2kan bibirmu memohon ampun buat saudara2 kita yang lebih awal menemui AL-KHALIQ...

Diriwayatkan oleh 'Aisyah ra. bahwa ia bertanya kepada Nabi SAW, "Bagaimana
pendapatmu kalau saya memohonkan ampun untuk ahli kubur?" Rasul SAW
menjawab,"Ucapkan: (salam sejahtera semoga dilimpahkan kepada ahli kubur
baik mu'min maupun muslim dan semoga Allah memberikan rahmat kepada generasi
pendahulu dan generasi mendatang dan sesungguhnya -insya Allah- kami pasti
menyusul)." (HR Muslim).

Wednesday, June 17, 2009

ANAK SOLEH



Anak merupakan anugerah dari Allah yg Maha Kuasa,Allah yangMaha Penyayang utk hamba-Nya.....ada org inginkan anak tp xdikurniakan anak,ada org dapat anak tapi buang anak,ada org nak anak ramai tapi dapat sikit....itu semua ragam manusia,sungguh makhluq ciptaan Allah yang bernama manusia xakan selalu puas dengan apa yang dimiliki...

Ramai orang inginkan anaknya soleh dan solehah...tapi jalan utk mendapatkan anak soleh dan solehah xseperti yg diharapkan,..tanyalah insan maner diatas muka bumi ini xda satu pun nak anak mereka xbaik semuanya ingin yg baik2,yg soleh2,yg solehah2.....

Kekadang aku tergelak gak baca paper artis yg baru melahirkan anak,letak nama anak lawa2...siap cakap nak anak dia jadi tahfiz sepatutnya hafiz quran hehe,nak yg soleh2 tapi dia sendiri tudung entah ke mana,bapak pun berantai di leher...tp aku puji hasrat murni dia mga suatu hari nanti dia betol2 berubah dan dapat anak yg dicita2kan....amin ya Rabb

Artis sendiri pun nak anak yg baik2 apatah lagi kita yg bukan artis....sbb dorang pun pikir hanya doa anak yg soleh sebagai bekalan di alam barzakh nanti,so kalo nak anak bekalkan semua tu sepatutnyer kenalah didik anak mengikut landasan yang Allah tetapkan...

Andai sekiranya kita ingin berjalan jauh semestinya kita mempersiapkan kenderaan kita sebaik mungkin,bekalan minyak,air,baiki maner2 yg rosak termsuk bekalan makanan...begitu juga kita nak menuju ke alam barzakh sepatutnya kita siapkan anak2 yg soleh dan solehah,baiki mereka andai mereka lalai,cuai supaya dorang da panduan dan xakan rosak...

Bersesuaian dengan hadis...APABILA MATINYA ANAK ADAM,MAKA TERPUTUSLAH SEGALA AMALAN KECUALI TIGA PERKARA...SEDEKAH JARIAH,ILMU YANG DIMANFAATKAN DAN ANAK YANG SOLEH MENDOAKAN KEDUA IBU BAPANYA...

Jadi kita yang masih hidup ini masih belom terlambat utk menyediakan pakej2 yg sebaik mungkin sebelom kita menuju alam barzakh dan semestinya kita xkan mampu berundur kembali ke dunia nyata...pikir2

Tuesday, June 16, 2009

Anak saudaraku..


   Seusai solat subuh,aku lelapkan mata tertdo kepenatan...mlm td aku xdapat tdo dengan nyenyak,kenangan bersama mak menerjah2 benak aku..satu persatu silih berganti ianya datang tanpa ku pinta...

   Walaupun sudah 2 mgu mak meninggalkan dunia fana ini aku rasakan seolah2 mak masih ada...masih terngiang2 di telingaku suara emak ketawa,suara emak memberikan aku nasihat,suara emak memberikan aku galakan...

  Malam td ku tenung gambar mak lama2...gambar yg ku letakkan di depan desktop aku,setiap kali aku on komputer wajah emakla orang pertama yg aku pandang...sungguh sayu hatiku bila melihat raup tuanya...terasa ketenangan meyelinap jiwaku setelah memandang wajah tuanya...dalam kerutan di dahinya terpamer sifat keibuan yang sedia ada dalam dirinya..

  Masih ku ingat di wktu kecilku...aku dan hamid selalu main belon atas rumah,konon kami lawan takraw,emak datang pelan2 dari belakang lalu PANG....satu tepukan di atas belakangku dengan selipar jepun..lalu aku dan hamid berlari terjun ke tanah.....ku gelak seorang diri bila mengingatkan kisah lalu....sungguh hamid sangat kejam xbgtau aku yang mak datang dari belakang tp mungkin dia sendiri tak perasan sebab leka bermain belon bersama aku...

  Aku tidak memarahimu sebab aku tau itu salah aku,marah mak hanya seketika bila aku dah naik atas rumah balik tiada pun leteran dari mak...mungkin sebab aku telah mengganggu wktu rehat mak dengan bermain belon...

  Petang ni kesunyian tiba2 bertamu...ku pikir cmna utk aku menghilangkan sunyi aku,lalu ku dail no tepon abgku niat hati nak berckp dengan ank bongsunya amin....aku suka mendengar kepetahannya bercakap dan lawak yg masih ku ingati...pernah aku tanyakan amin"amin balik kampung ker?...dia menjawab"yer amin balik kampung".lalu ku tanya lagi"amin datang tengok mak ke?mak dah mati ke min?"....dijawabnya"yer mak dah mati,eh2 silap mak pengsan la"...aku ketawa kecil bila dia menyebut pengsan..."mak pengsan kena tanam jugak ke min?"...amin menjawab"yer pengsan pun kena tanam gak"....hahaha makin kuat gelak aku,budak2 belom tahu membezakan mati dan pengsan....sekarang umurnya dah 5 thn...

  Berbalik cerita tadi,panggilan aku disambut oleh akak iparku..berborak2 sekejap bertnyakan khabar masing2...katanya abg aku masih penat belom dpt membiasakan diri dengan iklim malaysia maklumlah baru balik dari Mekah,kepulangannya plak hanya kubur mak yang menanti xsempat bertemu mata dengan mak buat kali terakhir...

  Setelah selesai berborak dengan akak,akak berikan gagang telefon pada anis...lalu ku tnyakan anis"darjah berapa sekarang"..."darjah satu"katanya...."anis seronok x sekolah"..anis menjawab "seronok"......ku tny lagi "gigi depan anis dah tumbuh".."dah tumbuh"katanya lagi..."pok ne xnampak pun gigi anis"selorohku pada ank sedaraku....lalu dijawabnya"tengah bercakap kot tepon maner nak nampak"....hehehe aku tergelak kecil ngn jwpn ringkasnya..."anis balik kampung x?"...."balik"anis menjawab ringkas..."anis p kubur mak x?"tnyku lagi...."pergi"jwbnya,"dekat kubur anis doa x?"..."doa"jwbnya lagi...."anis doa pe yer?"tnyku..."anis baca al-fatihah"jawabnya spontan..."sapa ajar anis" soalan terakhir dariku.."ummi"ujarnya lagi...

  Sungguh ku terharu anak saudaraku yg darjah satu pun sudah diajar camner utk mendoakan kebaikan utk org tua...iAllah anis,anis akan menjadi anak yg solehah nanti,nanti selalu doa2kan utk abah dan ummi yer anis...

  Azan asar sudah berkumandang aku berhenti kat sni dahulu,untuk mempersiapkan diri utk menyembah yang Maha Agung...malam nanti aku akan dikunjungi 3 org sahabat sekolah lamaku dulu...ku menunggu kalian tiba....

 SALAM....

Monday, June 15, 2009

Mengalir lagi..

  Dalam asyik aku edit blog aku,tetiba ada seorang kawanku bertanyakan aku sapa nickname well kat shoutbox aku...aku cakap xkenal lalu ku cuba tengok tapi tiada, jenuh aku mencuba utk membacanya..last2 skali aku cuba refresh barulah timbul msg tersebut lalu cepat2 aku membacanya...

  Rupanya well yg kawan aku maksudkan adalah abg aku sendiri...tidak ku sangka dia membaca blog aku walhal xpenah ku bgtau kat sesapa dalam kuargaku tentang blog aku kecuali sorang ank saudaraku itupun aku xpasti dia baca atau tidak...

  Aku paste balik kata2 abgku yg ditujukan khas padaku...

SALAM,NAN NI ABG MAIL NI,SABARLAH YE,KAMI SEMUA RINDUKAN ARWAH MAK..ABG PUN TAK DAPAT MENAHAN KESEDIHAN WALAUPUN SETIAP HARI ABG JUMPA MAK,BOLEH DIKATAKAN SETIAP MASA ABG DI RUMAH MAK..WALAUPUN ABG DAH SEWA RUMAH DEKAT TAMAN PERUMAHAN ANAK IKAN NI...

ABG TAU NAN AMAT RINDUKAN MAK TAPI KITA KENA INGAT TUHAN LEBIH MENYAYANGINYA KERANA MAK KITA ADALAH MILIK-NYA...MAK TINGGALKAN KITA TANPA PERLU SUSAHKAN KITA NAN...INGAT SEDEKAHKAN AL-FATIHAH SETIAP HARI PADA ARWAH MAK...ABG PUN TAK DAPAT LELAPKAN MATA BILA RINDUKAN MAK...

  Air mataku terus melaju seusai selesai membaca message dari abgku...aku tau betapa dia juga sama sepertiku merindui mak tercinta....ketahuilah betapa rinduku lagi menebal...abg berkesempatan bersama mak sblm mak menghembuskan nafasnya yg terakhir,abg sempat mengucup mak bt kali terakhir dlm hidupnya tapi aku....aku hanya mampu bertemankan air mata sebagai penawar dan penghibur hati......kenangan manis bersama mak kembali menerjah fikiranku perlahan-lahan air mata yg ku tahan dari tadi mengalir lagi di pipiku....sungguh tidak ku mampu menahan air mata yg bergenang dikelopak mataku utk terus gugur....ku juga tak mampu menangkis memori2 indah bersama mak...ku cuba jauhkan memori2 di saat aku bersama emak tetapi sungguh aku xberdaya menghindarnya dari terus bermain dibenakku...

 Di saat aku menulis posting ini,sekali lagi dengan mudahnya air mataku mengalir tanpa ku pinta...betapa mudahnya air mata aku mengalir walaupun dah berkali2 aku pujuk hati ini agar jangan menangis lagi....