Sunday, July 5, 2009

Nuha sayang

Selama 5 hari aku berada di Tanta dan tujuan utama aku ke Tanta adalah nak bermain dengan nuha kesayangan anak kepada kawan baik aku ustaz nahi dengan harapan sedikit sebanyak hati aku terhibur..

aku dan nuha tersayang...

nuha tengok sini sayang...
nuha...secantik namamu...

kesian nuha aku ltk kopiah kat kepala dia
senyuman paling manis dari nuha...

ok nuha nanti kita jumpa lg yer....

Saturday, July 4, 2009

Ya Allah..

Sudah agak lama aku tidak menulis di dlm blog kesayanganku ini....aku pun msh terpikir2 apakah entry yg sesuai ingin aku masukkan di dlm blog aku kali ini...okla sblm aku menulis serba sedikit aku nk ceritakan apa yg aku buat kat tanta..

Pada hari rabu yg lps aku mengajak kwn baik aku wan mohd al hafiz pergi salah sebuah maktabah(pustaka) yg agak terkenal gak di tanta kerana di situ terdpt buku-buku yg diterjemahkan ke dalam bahasa melayu...aku membeli 4 kitab antaranya KITAB TAUHID,FIKH WANITA,FIKH AL-SIRAH dan JANGAN BERSEDIH SETELAH KESULITAN PASTI

Aku sgt2 tertarik dgn satu buku yang bertajuk jangan bersedih lalu aku terus membacanya seolah-olah xsabar ingin mengetahui apa yg menarik di dalam...ada beberapa petikan di dlm buku ini bila aku membacanya terasa menyelinap ketenangan di dlm diriku...antara petikannya:

ALLAH: Sang Pemilik segala keagungan,kebesaran,kewibawaan dan keperkasaan...

Sekalipun ku lukis keagungan-Mu
dalam gerosan
sabagai tanda kesucian yang mempereratkan jiwa
Engkau tetap Yang Teragung
dan tempat segala yang bermakna
Ya Allah hanya pada keagungan-Mu
segalanya terasa lapang..


Ya Allah,gantilah penderitaan ini dengan kesenangan,balasan kesedihan sebagai hal yang mengembirakan dan hilangkanlah perasaan takut ini kepada ketenteraman.

Ya Allah,sejukkan gelora hati dengan salji keyakinan dan padamkan gelojak api jiwa dengan air keimanan.

Ya Allah,berikanlah rasa mengantuk sebagai kenyamanan bagi mata yg tidak dapat pejam.Berikan rasa damai bagi jiwa-jiwa yg resah ini suatu kedamaian.

Ya Allah,tunjukkanlah penglihatan ini menuju cahaya-Mu,bimbinglah kesesatan ini ke arah jalan-Mu dan bimbinglah orang yg tergelincir menuju petunjuk-Mu.

Ya Allah,lenyapkanlah segala keraguan dengan cahaya mentari di ufuk timur.Hancurkan segala kebatilan yg bersarang di dalam perasaan secerah sinar kebenaran.Hapuskan segala tipu daya syaitan dengan pertolongan bala tentera-Mu.

Ya Allah hindarkan aku dari segala kesedihan,hilangkan kesengsaraan dan jauhkan dari segala kegelisahan dari jiwaku.

Ya Allah aku berlindung kepada-Mu,kecuali hanya takut kepada-Mu.aku berlindung dan bertawakkal hanya kepada-Mu.aku berlindung dari kepasrahan kecuali hanya pasrah kepada-Mu.Aku meminta hanya kepada-Mu,memohon pertolongan hanya kepada-Mu.Hanya Engkaulah sebagai penolongku kerana Engkaulah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.





petikan dari kitab la tahzan(jangan bersedih) dikarang oleh DOC.AYIDH BIN ABDULLAH AL-QARNI...

Wednesday, July 1, 2009

peranan anak selepas kematian

Walaupun sebulan sudah berlalu tapi rinduku pada emak tak pernah padam,dalam aku cuba utk mengurangkan perasaan rinduku aku menyibukkan diri menulis blogku meluahkan apa yg terbuku di hati,mencari input-input yang berguna di blog orang lain dan melarikan diri ke tanta....

Hari ini aku terpikir-pikir apa yang ingin aku tulis dan share dengan sahabat-sahabatku lalu terlintas di mindaku peranan seorang anak selepas kematian ibu bapanya...aku mencari serba sedikit maklumat utk dimasukkan ke dalam entry terbaruku...

MENTAATI KEDUA IBU BAPA

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.” - Riwayat al-Hakim

apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.

Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar.

Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredhaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.


Sayangiah ibu bapa kita kerana merekalah yang membesarkan kita dan mendidik kita menjadi insan yang berguna...kata orang tua hatta nyamuk seekor pun emak xkasi gigit badan kita,mereka berkorban masa tido mereka bila terdengar tangisan anak,mereka sanggup berkorban tenaga dalam membesarkan kita,mereka juga mengobankan perasaan bila anak berjauhan dari mata...

Tapi kita sanggupkah kita berkorban segala-galanya seperti mereka korbankan kepada kita?tanyalah diri kita apakah peranan kita yang telah kita lakukan tika hayat mereka masih ada dan belom terlambat utk kita berbakti kpd mereka...tanya diri kita adakah kita pernah mengguriskan perasaan mereka?adakah mereka berpuas hati dengan sikap kita sekarang terhadap mereka...ingatlah redha mereka lebih penting dari segala isi bumi

Kata-kata ini aku tujukan pada diriku yang lemah dan buat sahabat sahabiah sekalian..ingatilah jasa mereka selagi hayat mereka masih ada jgn menyesal di kemudian hari...

emak...rinduku padamu tak pernah padam,aku mengharapakan sebelum mak menutup mata,mak pernah medoakan aku dan memaafkan salah silapku selama ini terhadap mak samada sengaja ataupun tak sengaja..ampunkan anakmu

Tuesday, June 30, 2009

mati itu pasti!!!!

Firman Allah s.w.t dalam kitabNya dalam surah ali-imran..
"Setiap yang bernyawa itu akan merasai mati........"

Sesungguhnya kematian manusia tidak akan dipercepatkan walau sedetik pun dan tidak akan diperlambatkan walaupun sedetik.

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

YANG BERLALU BIARKAN IANYA BERLALU
YANG MENDATANG HADAPINYA DENGAN CEMERLANG

Ada orang menggunakan pepatah ini untuk melupakan kisah hitam dalam hidupnya dan ada orang menggunakan pepatah ini untuk melupakan kisah cinta yang tak kesampaian dan ada pula orang menggunakan pepatah ini untuk menenangkan hatinya ditinggalkan orang tersayang buat selama-lamanya...

Hari ini genaplah sebulan emak meninggalkan dunia yang fana..meninggalkan suami tercinta,meninggalkan anak-anak tersayang,meninggalkan cucu-cucu yang di kasihi...

Setiap insan,binatang,tumbuhan dan serangga pasti akan menemui kematian bezanya cepat ataupun lambat dan wasilah kematiannya...ada yang meninggal waktu tengah solat,ada yang meninggal terlibat dalam kemalangan,ada yang meninggal dibaham binatang,ada yang meninggal dibunuh,ada yang meninggal mati lemas,ada yang meninggal terbakar dan ada bermacam-macam cara kematian..

Di dalam menghadapi ditinggalkan orang yang kita kasihi imanlah yang paling penting...ada yang tak dapat menerima kematian orang yang dikasihi walhal dia sudah beriman dengan qada' dan qadar Allah Taala...ada yang menjadi gila,ada yang tak lalu makan dan ada yang sanggup membunuh diri kerana merasakan dah tak mampu meneruskan hidup tanpa orang yang dikasihi....sayyidina umar sendiri saat diberitakan kewafatan baginda rasulullah,beliau sendiri ingin memancung sesiapa yang mengatakan rasulullah sudah wafat akan tetapi kekuatan imanlah yang menyedarkan beliau...

Itukan sahabat apakah kita yang imannya lagi-lagi jauh berbanding dengan sahabat?...dan dalam menghadapi kehilangan orang yang paling kita kasihi imanlah yang paling utama,pupuklah ianya dari sekarang agar kita redha dan lebih tenang dalam menghadapi saat-saat yang pasti akan dihadapi oleh setiap insan..

Dalam satu hadis Rasulullah mengingatkan melalui sabdanya “Perbanyakkanlah mengingati akan sesuatu yang memisahkan ni’mat iaitu mati"

Sama-sama kita renungkan....

Monday, June 29, 2009

Jenazah

Arwah emak tersayang....mak meninggal pada 30.5.2009,disaat emak ditanam keluarga aku mendapat 1 sms mengatakan besan emakku pulak meninggal..moga mak dan besannya aman di sana




Emak dan besannya xsempat menyaksikan saat2 bahagia cucu perempuannya dan majlis kesyukuran pada 10.6.2009...moga engkau bahagia hingga akhir hayat disamping suami tercinta


Disaat diaorg berbahagia dengan perkahwinan lain plak cerita anak sepupu aku nik afiza,dia meninggal pada 18.6.2009,sewaktu menghantar adiknya ke sekolah dan terlibat dalam satu kemalangan...sepatutnya di mlm harinya,dia akan bergelar seorang isteri

Keesokannya abg sulong ayah plak mengadap Ilahi....dalam tempoh sebulan 4 kematian melibatkan kaum kerabatku,moga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka...al-fatihah

Thursday, June 25, 2009

pulang


Penat masih menyelubungi diri,dua malam berturut-turut aku ke mator(airport) hantar kwn2 nk balik ke malaysia...malam pertama aku hantar kawan aku hafiz junior aku kat kusza manakala malam kedua plak aku hantar hantar kwn baik aku time skola menengah...

Seronok tengok kwn2 dh balik ke malaysia tp aku hanya mampu memandang kpl terbang dr jauh sahaja...aku sebenarnya bukan suka sgt naik kpl terbang ni sbb itu aku pikir tgu habis baru aku akan pulang ke mlysia tp memandangkan hal xdpt dielakkan aku terpksa pulang gak sebabnya aku dah cam blur sikit berada di bumi mesir,aku kena cari semangat terlebih dahulu,perasaan rindukan kuarga plak sering menggamit aku dan yang terpenting aku ingin menziarahi kubur insan yg paling aku sayangi...apa pun aku menunggu natijah imtihan aku terlebih dahulu,barulah aku akan membuat keputusan bulan berapa aku harus pulang??....

Aku dah dapat bayangkan betapa sunyinya kepulanganku nanti tanpa mak...semalam aku chat dengan adikku hamid,dia berada di UM menguruskan khairat...katanya dia sunyi berada di kampung slps ketiadaan mak,lagi-lagi sedih sbb hari konvo dia jatuh hrjdnya dan mak xdpt tgk mjlis konvokesyen hari plg gmbra bg seorg insan bergelar graduan...katanya lagi dia xsempat nk balas jasa2 mak,terharu aku dengan kata2 dari adikku,kali ini aku rasakan dia berckp lbh matang dari kebiasaannya...

Pulang......pulang,pulang perkataan tu seringkali berlegar2 di kotak pemikiranku,result blom keluar lg cmner aku nk pkirkan pasai pulang...hatiku masih berdebar menunggu keputusan peperiksaan aku kali ini dan aku mengharapkan aku najah pd tahun ini...ya Allah KAU najahkan aku ya Allah..

Monday, June 22, 2009

Green light


Semalam aku menelefon adikku,ku tnykan khabarnyer...di awl percakapan adikku masih ok,tp lama-kelamaan suaranya bertukar menjadi sayu,mula menangis...dia memulakan cerita,katanya 3 hr sblm mak meninggal dia jatuh bilik air,dia telefon mak bgtau keadaannya...mak cakap kenapa tak berhati2 dan camna leh jatuh....3 hr kemudian mak plak jth blk air dan pergi buat selama-lamanya,katanya lagi mak pernah ckp yang mak tanam lada dekat rumah kalau adik balik nnt adik boleh tengok hasil tanaman mak....dalam sendu2 adik bercerita,sebagai abg aku hanya menjadi pendengar setianya sahaja...ku tahan air mata agar adikku xtau yg aku juga tersentuh dengan cerita-ceritanya...

Seandainya aku menangis aku khuatir adik aku akan menjadi lebih lemah...ku katakan padanya yang aku lagi merindui mak...dh berthn xjumpa...dengan harapan adik aku jadikan aku contoh mksdnya nak bgtau dia aku lbh2 lagi merindui mak berbanding dia...Alhamdulillah adik cam leh trima,ku katakan lg,mak meninggal dengan baik kita pun dapat tgk xseperti org lain kena tembak,kena bom lagi teruk dan dahsyat supaya dia mengerti ujian Allah kepada org lain lagi besar...

Aku juga menelefon ayhku bertnykan khabarnyer...ayah xbrapa sihat suara pun dah serak2 sakit tekak katanya...aku juga mendapat tahu sehari selepas kematian anak sepupuku abg sulong ayah plak meninggal...myusul sorang plak dari kaum kerabatku..

Abang-abang dan akakku semua bertnykan bila aku akan pulang,aku bgtau yg aku sedang menunggu natijah(result) apapun lepas kuar natijah baru aku akan bt keputusan aku akan balik bila nanti...apapun kalian sabar menunggu kepulanganku nanti,rasanya pulangku kali ini kurang bererti tanpa senyuman dari mak...akan aku ziarahi kuburmu mak melepaskan rindu yang sudah begitu lama terbuku di hatiku pada mak...betapa rinduku padamu xpernah kurang...mak aku merinduimu...