Sunday, August 23, 2009

Emm...dah agak lama aku tidak menulis diblog aku ini...dah hampir sebulan rasanyer...mgkin terlampau sibuk atau aku buat2 sibuk...nk dijadikan cerita,sebelom2 ni aktiviti aku agakla padat terpksa ke sana ke mari hinggakan aku xsempat nk jenguk blog kesayangnku ini....

Pada 25.7 hingga 30.7.....aku ke zagziq tuk mengikuti perlawanan bola sepak piala mlysia di Mesir...di hari pertama dan kedua aku tidak turun bermain disebabkan kaki aku msh bgkak terseliuh time friendly ngn dak2 medic...sakit hanya Allah yg tau,tumit xleh pijak kt tanah....disebabkan smgt sbb kwn2 pun da menang gak game yg aku xturun...aku pergi gak tengok depa lawan huhuhu...

di hari ketiga baru aku turun menentang kelate,xdpt membntu just seri 0-0...hr berikutnyer seandainyer team aku kalah atau seri peluang utk ke suku akhir samar-samar...Alhmdulillah setelah sekian lama xmenjaringkan gol,aku dapat gak menikmati kepuasan menjaringkan gol,aku jaringkan gol pembukaan lawan Perak dan kami menang 3-0 seterusnyer melayakkan diri ke suku akhir Alhmdulillah..

di suku akhir kami bertemu dengan team dr syoubra,perlawanan berakhir dengan keputusan seimbang seri 0-0,seterusnyer ditntukan dengan sepakan penalti...Alhamdulillah kami berjaya melangkah ke separuh akhir setelah jepun berjaya menepis 1 sepakan penalti pihak lawan so kami menang 5-4...

Thursday, July 23, 2009

Benci hukum Allah rosak akidah

SETIAP Muslim perlu berwaspada dengan segala tindakan, sikap dan pemikiran, supaya tidak bertentangan dengan prinsip agama.

Pengerusi Gabungan Pendakwah Islam Selangor (GPIS), Mohd Zain Abdul Rahman, berkata Muslim yang membenci hukum Allah akan rosak akidahnya.


Begitu juga jika membenci atau memandang serong terhadap saudara Islam yang memakai serban, mereka turut batal syahadahnya.

"Saya hairan ada segelintir orang Islam tak suka mendengar azan konon mengganggu mereka tidur.

"Ini berdosa besar kerana mempermainkan hukum Tuhan," katanya ketika berceramah di Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor, baru-baru ini.

Mohd Zain berkata, masyarakat Islam juga harus berwaspada terhadap media seperti televisyen yang memberikan pengaruh kuat dalam kehidupan seharian.

"Terdapat sesetengah program merosakkan akhlak generasi muda kita.

"Begitu juga dengan pengaruh internet, perlu digunakan untuk kebaikan dan mengerat tali persaudaraan," katanya.

Menurutnya, sesetengah pihak lebih cenderung menggunakan televisyen bagi tujuan hiburan mengasyikkan semata-mata.

Beliau juga mengingatkan orang Islam mengelak diri daripada perbuatan fasik, iaitu mereka yang ingkar atau memandang rendah perintah dan tegahan Allah.

"Orang fasik percaya kepada ajaran Islam, tapi tidak mengamalkannya atau mentakwil hukum Allah mengikut kefahaman sempit atau selera sendiri.

"Orang fasik boleh membawa kepada kufur jika membabitkan soal akidah, seperti mengutamakan pandangan manusia atau meneliti sesuatu secara empirikal semata-mata, sedangkan ia bertentangan hukum Allah.

"Muslim sejati mesti menimbang sesuatu pokok persoalan itu berdasarkan pertimbangan hukum aqli dan naqli secara seimbang," katanya.


aku petik dari keratan metro 23.07.2009

Wednesday, July 22, 2009

selamat tgl nuha syg..

Pada 20.7.2009 aku ke Tanta menghantar kwn baik aku ustaz nahi,mlm nnt dia akan bertolak ke mlysia dan aku xkan dpt berjmpa lg dh la dengan anak kesayangnku nurul nuha...

kesian anak kesayangn aku keletihan sampai tido pun meniarap

terserempak dengan kawan baik aku

ustaz kamal...

dukung nuha buat kali terakhir

nuha sdh aku plak senyum2 hehe..nuha jgn sdh2 erk nantikan ammu plak yang sedih huhu


masuk ni dah 3 thn aku ke mator(airport) asyik hnt org jer huhu...iAllah da rezki aku juga akan pulang thn ni doakan kejayaan aku di sini...

Friday, July 17, 2009

khas utkmu ibu...

Hujan...
kau ingatkan aku tentang suatu rindu di masa yang lalu
saat mimpi masih indah bersamamu
terbayang satu wajah
penuh cinta penuh kasih
terbayang satu wajah
penuh dengan kehangatan
oh..ibu.....
ibu......

Allah izinkanlah aku
bahagiakan dia
meski dia telah jauh
biarkanlah aku
bererti untuk dirinya
oh ibu...
oh ibu...
kau ibu...



Aku tulis tak habis sebab dah berulang,dengar sendiri ok...lagu ni aku tujukan khas buat ibuku tercinta..

Thursday, July 16, 2009

llmu



Kata orang tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad,tuntutlah ilmu sampai ke ngeri China....ianya bukan ungkapan yang asing bagi kita,namun tidak ramai yang sanggup mencari ilmu,kalau ada yang menuntut ilmu tidak ramai pula yang mengamalkannya dan kalau ada yang mengamalkan ilmu yang dituntut tak ramai pula yang menyebarkan ilmu itu....sebenarnya ilmu perlu dicari,dipelajari,diamalkan dan disebarkan...

Ilmu mempunyai kelebihan yg luar biasa,ilmu bagai lampu yang menyinari kehidupan seseorang malah menerangi seluruh alam ini.Ilmu mempunyai kuasa yang lebih besar dari harta...

Ilmu warisan para nabi manakala harta warisan Qarun..
Ilmu tidak habis apabila diberikan kepada orang lain,harta plak akan berkurangan apabila dibelanjakan...
Ilmu dibawa ke liang lahad,harta ditinggalkan di dunia..
Ilmu menjaga tuannya,harta memerlukan penjagaan tuannya...


renung-renungkan bersama

Monday, July 13, 2009

syukur padamu ya Allah

Seawal pagi aku mempersiapkan diriku,mandi siap2 kenakan jubah letak minyak wangi dan sebagainyer...aku melangkahkan kaki ke masjid utk menunaikan solat subuh,hari ini giliran imam yg paling aku suka,masyAllah suaranyer mendayu-dayu bila mana dia mengalunkan bacaan quran sungguh menyentuh jiwa dan perasaan...

Tengahari semalam aku ke jamiah(universiti) dengan harapan nak tengok natijah(result) tak rasmi daripada doctor-doctor yang bertugas...aku pergi dengan paly,aku dan paly telah menulis nama kami di atas 1 kertas alhmdulillah kami berjaya bagi kertas tu pada salah sorang doctor,doctor tu ambl dan serahkan pada sorang doctor lagi...kami menunggu dengan penuh debaran aku dah xboleh duduk diam ke sana ke mari....dalam hati aku berbisik najahkah aku????

Lama kami menunggu rupanya kertas kami tak dilayan adoiiii sedihnya dahla debaran xhilang-hilang lagi,doc plak buat dek jer....xlama aku menunggu datang dua org kawan aku nizam ngan muhaimin..depa nak tgk natijah sekali lagi walhal depa dah tgk dah sebelom ni dan sudah mengetahui natijahnya,mungkin mereka inginkan kepastian yang sebenar2nya pasti so aku ngan paly menuulis nama kami sekali lagi dekat kertas baru....

Lama gakla kami melilau kat depan pintu dengan adala doc yg simpati dengan kami...bt2 muka simpati utk menarik perhatian doctor huhuhu....nak ditakdirkan adala sorang doctor masuk bilik tu sebenarnyer dia nak p rehat2 jer,lalu dia cakap dekat doc yg bertugas,tolong tengak gak natijah dak2 muwafidin ni,kau ambik kertas biar aku tolong tengok utk budak-budak ni(doc ckp dlm bahasa arabla aku ubah suai hehe)....

Nizam wakilkan kami masuk ke dalam bilik,satu persatu doc tengok natijah kami...natijah nizam dapat jayyid(baik) so doc teruja la nak tengok yang lain-lain....sampai dekat nama aku doc cakap no aku yang aku kasi salah aduhai makin berdebar aku...no aku sebanarnya dah betol dengan nombor2 yang dah dilekatkan time exam tapi cmner leh salah aku pun pelik cmnilah kt mesir sebab sumer mender tulis tangan bkn dengan komputer...tapi nasib baik aku tulis nama so doc bc ikut nama aku la...dari luar aku dengar doc cakap 2 najah(berjaya) 3 maddatain(repeat 2 subjek)....

Aku mengucap syukur, debaran kencang dihati makin berkurangan...nizam keluar dengan membawa kertas lalu kami cepat-cepat ambil dr tangannya nak tengok doc tulis apa...Alhmdulillah sama seperti dia ucapkan tadi....syukur ya Allah,harap2 result ni betol sementara menunggu natijah yang sebenar..

Aku pulang ke rumah dan menelefon akak-akak aku dan adik aku,bgtau dorang result xrasmi aku sumer gembira dan mengucap syukur cumanya aku katakan kemungkinan tahun ini aku masih belom dapat beraya bersama2 iAllah raya haji nanti sempat kot...

Kalau mak masih ada tentulah mak orang yg paling gembira setelah mengetahui natijah aku..mak la orang pertama yang akan aku khabarkan berita gembira ni...terima kasih mak doamu dikabulkan Allah..

Malam tadi aku xdapat melelapkan mata,kerinduan terhadap mak kembali bertamu...mak,nan tol2 rindukan mak...nan ingat lagi setiap kali nan call mak,mesti nan suruh mak doakan kejayaan nan..mak selalu cakap yang mak sentiasa berdoa setiap kali lps smbhyang,mak selalu buat solat hajat tuk kejayaan nan dan mak juga selalu bgtau iAllah nan akan dapat balik tahun ni...perlahan-lahan air mata aku merembes keluar makin lama makin laju hinggakan aku sampai ke tahap teresak2...aku ingin melepaskan segunung kerinduan dalam diriku pada mak,hanya air mata yang sentiasa menemaniku dikala aku kesedihan dan kerinduan..

Mak...tiada lagi iringan doa darimu itu yang menyedihkan aku,tiada lagi celoteh-celotehmu padaku,tiada lagi nasihat-nasihat yang berguna darimu,tiada lagi cerita-cerita yang sering kau simpan semata-mata nak bercerita denganku.....

Mak...nan rasakan baru semalam nan berborak-borak dengan mak,dengar suara mak ketawa kecil...semua itu sering bermain difikiran nan mak...kadang-kadang nan rasakan cam xpercaya yang mak dah pergi meninggalkan nan buat selama-lamanya tapi itulah hakikat yang nan perlu terima mak...sudah ditakdirkan Allah nan insan terpilih utk diuji,mak...rinduku padamu xpernah padam dan aku menanggung rindu padamu sehingga akhir hayatku...moga dikau tenang di sana...uhibbuki

Friday, July 10, 2009

Tetamu

Pada 7.6.2009....jam 9.30 pagi aku mendpt sms dr ahli bait umah aku,katanya tetamu dari mlysia sudah bertolak dari kaherah...lalu aku berkira-kira,apa yang harus aku masak??...aku mana pernah masak utk org tua...sedap ke aku masak?? macam-macam perasaan berlegar dibenak aku,kalau setakat masak biasa2 utk dak2 umah tu xpe lagi... aku cuba yakinkan diri,tak dapat tidak aku kena masak gak...hrni aku nk masak tom yam ayam dengan daging goreng..tapi saluran air kat dapur plak buat hal,jenuh dah aku cuba betulkan tapi air tetap xnak mengalir..last2 pgl arab tolong betulkan...

Tetamu aku kali ini dari peneng,mak ayah kepada kwn umah aku...dorang sampai tepat jam 1 tghr,sebenarnya aku telah berkira-kira nak p tgk natijah(result) exam aku tapi aku batalkan hasratku kerana ingin menghormati tetamu....lgpun aku ketua rumah,tak manis plak aku rasa depa smpai2 aku kuar p kuliah...moga2 Allah membalas dengan kejayaan padaku amin ya Rabb...

Setelah berborak-borak aku dan kawan2 menjamu tetamu kami dengan masakan aku yg xseberapa..Alhmdulillah pak cik dan mak cik cakap masakan aku ok huh lega rasa hati maklumlah ni kali pertama aku masak utk org tua...diantara tetamu aku anak saudara pak cik yg blajar dekat kaherah katanya nasib dia anak bgsu kalo ada adik pompuan nak jer dia kasi kat aku hahaha kami semua ketawa dengan celoteh dia..

tomyam dah masak,daging jer belum masak lagi huhu..

tomyam ayam yg xseberapa...

Selepas selesai semua aku masuk ke bilikku,ku cuba tenangkan fikiranku..tiba2 perasaan sayu menyelinap dalam jiwaku,sebab aku ingatkan mak orang pertama yang akan aku cba rasakan masakanku tp mak org len yg mencuba terlebih dahulu tapi aku puas sbb tercapai gak hasrat aku utk masak pada org tua...mak andai di syurga aku boleh memasak akan aku cuba laksanakan hasratmu utk merasai masakanku yg xseberapa..betapa aku sangat2 merinduimu

Keesokan harinya awal-awal pagi aku siapkan nasi grg kampung sebagai sarapan...lps aku dh siap masak rehat-rehat,mak cik lak masuk dapur dia nk buat laksa kebetulan aku pergi ke dapur mak cik minta aku tolong dia,aku lagi-lagi suka..aku katakan padanya aku leh blaja skali,aku katakan padanya aku pun da cakap kat mak nk blaja masak ngan mak tapi xsempat mak dah pergi...mak cik terkejut besar,asyik keluar ya Allah,ya Allah jer dari mulut dia...hrni mak cik ajar aku cara nk bt laksa peneng dan kari dua2 skali gus pening gak aku,tapi aku cba hafal elok2 apa bahan2 yg akan digunakan...

bahan-bahan utk bt laksa...

Mak cik dan pak cik berada di rumah aku selama 3 hr,myeronokkan bila org tua dtg umah kita,cam2 leh borak,share masalah,byk gak pak cik n mak cik bg nsht kt kitaorg..nsht terakhir dari mak cik katanya dengar ckp ibu,apa2 pun kena dengar lalu dia katakan dlm hadis sndiri disebut ibu sebanyak tiga kali lalu aku myampuk aku katakan ayh lak jgn terasa erk pak cik tersenyum je bila aku cakap cam tu...

natijahnya berbuat baiklah pada tetamu sebaik mungkin dan jgnlah derhaka pada ibu bapa...