Friday, July 10, 2009

Tetamu

Pada 7.6.2009....jam 9.30 pagi aku mendpt sms dr ahli bait umah aku,katanya tetamu dari mlysia sudah bertolak dari kaherah...lalu aku berkira-kira,apa yang harus aku masak??...aku mana pernah masak utk org tua...sedap ke aku masak?? macam-macam perasaan berlegar dibenak aku,kalau setakat masak biasa2 utk dak2 umah tu xpe lagi... aku cuba yakinkan diri,tak dapat tidak aku kena masak gak...hrni aku nk masak tom yam ayam dengan daging goreng..tapi saluran air kat dapur plak buat hal,jenuh dah aku cuba betulkan tapi air tetap xnak mengalir..last2 pgl arab tolong betulkan...

Tetamu aku kali ini dari peneng,mak ayah kepada kwn umah aku...dorang sampai tepat jam 1 tghr,sebenarnya aku telah berkira-kira nak p tgk natijah(result) exam aku tapi aku batalkan hasratku kerana ingin menghormati tetamu....lgpun aku ketua rumah,tak manis plak aku rasa depa smpai2 aku kuar p kuliah...moga2 Allah membalas dengan kejayaan padaku amin ya Rabb...

Setelah berborak-borak aku dan kawan2 menjamu tetamu kami dengan masakan aku yg xseberapa..Alhmdulillah pak cik dan mak cik cakap masakan aku ok huh lega rasa hati maklumlah ni kali pertama aku masak utk org tua...diantara tetamu aku anak saudara pak cik yg blajar dekat kaherah katanya nasib dia anak bgsu kalo ada adik pompuan nak jer dia kasi kat aku hahaha kami semua ketawa dengan celoteh dia..

tomyam dah masak,daging jer belum masak lagi huhu..

tomyam ayam yg xseberapa...

Selepas selesai semua aku masuk ke bilikku,ku cuba tenangkan fikiranku..tiba2 perasaan sayu menyelinap dalam jiwaku,sebab aku ingatkan mak orang pertama yang akan aku cba rasakan masakanku tp mak org len yg mencuba terlebih dahulu tapi aku puas sbb tercapai gak hasrat aku utk masak pada org tua...mak andai di syurga aku boleh memasak akan aku cuba laksanakan hasratmu utk merasai masakanku yg xseberapa..betapa aku sangat2 merinduimu

Keesokan harinya awal-awal pagi aku siapkan nasi grg kampung sebagai sarapan...lps aku dh siap masak rehat-rehat,mak cik lak masuk dapur dia nk buat laksa kebetulan aku pergi ke dapur mak cik minta aku tolong dia,aku lagi-lagi suka..aku katakan padanya aku leh blaja skali,aku katakan padanya aku pun da cakap kat mak nk blaja masak ngan mak tapi xsempat mak dah pergi...mak cik terkejut besar,asyik keluar ya Allah,ya Allah jer dari mulut dia...hrni mak cik ajar aku cara nk bt laksa peneng dan kari dua2 skali gus pening gak aku,tapi aku cba hafal elok2 apa bahan2 yg akan digunakan...

bahan-bahan utk bt laksa...

Mak cik dan pak cik berada di rumah aku selama 3 hr,myeronokkan bila org tua dtg umah kita,cam2 leh borak,share masalah,byk gak pak cik n mak cik bg nsht kt kitaorg..nsht terakhir dari mak cik katanya dengar ckp ibu,apa2 pun kena dengar lalu dia katakan dlm hadis sndiri disebut ibu sebanyak tiga kali lalu aku myampuk aku katakan ayh lak jgn terasa erk pak cik tersenyum je bila aku cakap cam tu...

natijahnya berbuat baiklah pada tetamu sebaik mungkin dan jgnlah derhaka pada ibu bapa...

No comments: