Tuesday, June 30, 2009

mati itu pasti!!!!

Firman Allah s.w.t dalam kitabNya dalam surah ali-imran..
"Setiap yang bernyawa itu akan merasai mati........"

Sesungguhnya kematian manusia tidak akan dipercepatkan walau sedetik pun dan tidak akan diperlambatkan walaupun sedetik.

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

YANG BERLALU BIARKAN IANYA BERLALU
YANG MENDATANG HADAPINYA DENGAN CEMERLANG

Ada orang menggunakan pepatah ini untuk melupakan kisah hitam dalam hidupnya dan ada orang menggunakan pepatah ini untuk melupakan kisah cinta yang tak kesampaian dan ada pula orang menggunakan pepatah ini untuk menenangkan hatinya ditinggalkan orang tersayang buat selama-lamanya...

Hari ini genaplah sebulan emak meninggalkan dunia yang fana..meninggalkan suami tercinta,meninggalkan anak-anak tersayang,meninggalkan cucu-cucu yang di kasihi...

Setiap insan,binatang,tumbuhan dan serangga pasti akan menemui kematian bezanya cepat ataupun lambat dan wasilah kematiannya...ada yang meninggal waktu tengah solat,ada yang meninggal terlibat dalam kemalangan,ada yang meninggal dibaham binatang,ada yang meninggal dibunuh,ada yang meninggal mati lemas,ada yang meninggal terbakar dan ada bermacam-macam cara kematian..

Di dalam menghadapi ditinggalkan orang yang kita kasihi imanlah yang paling penting...ada yang tak dapat menerima kematian orang yang dikasihi walhal dia sudah beriman dengan qada' dan qadar Allah Taala...ada yang menjadi gila,ada yang tak lalu makan dan ada yang sanggup membunuh diri kerana merasakan dah tak mampu meneruskan hidup tanpa orang yang dikasihi....sayyidina umar sendiri saat diberitakan kewafatan baginda rasulullah,beliau sendiri ingin memancung sesiapa yang mengatakan rasulullah sudah wafat akan tetapi kekuatan imanlah yang menyedarkan beliau...

Itukan sahabat apakah kita yang imannya lagi-lagi jauh berbanding dengan sahabat?...dan dalam menghadapi kehilangan orang yang paling kita kasihi imanlah yang paling utama,pupuklah ianya dari sekarang agar kita redha dan lebih tenang dalam menghadapi saat-saat yang pasti akan dihadapi oleh setiap insan..

Dalam satu hadis Rasulullah mengingatkan melalui sabdanya “Perbanyakkanlah mengingati akan sesuatu yang memisahkan ni’mat iaitu mati"

Sama-sama kita renungkan....

Monday, June 29, 2009

Jenazah

Arwah emak tersayang....mak meninggal pada 30.5.2009,disaat emak ditanam keluarga aku mendapat 1 sms mengatakan besan emakku pulak meninggal..moga mak dan besannya aman di sana




Emak dan besannya xsempat menyaksikan saat2 bahagia cucu perempuannya dan majlis kesyukuran pada 10.6.2009...moga engkau bahagia hingga akhir hayat disamping suami tercinta


Disaat diaorg berbahagia dengan perkahwinan lain plak cerita anak sepupu aku nik afiza,dia meninggal pada 18.6.2009,sewaktu menghantar adiknya ke sekolah dan terlibat dalam satu kemalangan...sepatutnya di mlm harinya,dia akan bergelar seorang isteri

Keesokannya abg sulong ayah plak mengadap Ilahi....dalam tempoh sebulan 4 kematian melibatkan kaum kerabatku,moga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka...al-fatihah

Thursday, June 25, 2009

pulang


Penat masih menyelubungi diri,dua malam berturut-turut aku ke mator(airport) hantar kwn2 nk balik ke malaysia...malam pertama aku hantar kawan aku hafiz junior aku kat kusza manakala malam kedua plak aku hantar hantar kwn baik aku time skola menengah...

Seronok tengok kwn2 dh balik ke malaysia tp aku hanya mampu memandang kpl terbang dr jauh sahaja...aku sebenarnya bukan suka sgt naik kpl terbang ni sbb itu aku pikir tgu habis baru aku akan pulang ke mlysia tp memandangkan hal xdpt dielakkan aku terpksa pulang gak sebabnya aku dah cam blur sikit berada di bumi mesir,aku kena cari semangat terlebih dahulu,perasaan rindukan kuarga plak sering menggamit aku dan yang terpenting aku ingin menziarahi kubur insan yg paling aku sayangi...apa pun aku menunggu natijah imtihan aku terlebih dahulu,barulah aku akan membuat keputusan bulan berapa aku harus pulang??....

Aku dah dapat bayangkan betapa sunyinya kepulanganku nanti tanpa mak...semalam aku chat dengan adikku hamid,dia berada di UM menguruskan khairat...katanya dia sunyi berada di kampung slps ketiadaan mak,lagi-lagi sedih sbb hari konvo dia jatuh hrjdnya dan mak xdpt tgk mjlis konvokesyen hari plg gmbra bg seorg insan bergelar graduan...katanya lagi dia xsempat nk balas jasa2 mak,terharu aku dengan kata2 dari adikku,kali ini aku rasakan dia berckp lbh matang dari kebiasaannya...

Pulang......pulang,pulang perkataan tu seringkali berlegar2 di kotak pemikiranku,result blom keluar lg cmner aku nk pkirkan pasai pulang...hatiku masih berdebar menunggu keputusan peperiksaan aku kali ini dan aku mengharapkan aku najah pd tahun ini...ya Allah KAU najahkan aku ya Allah..

Monday, June 22, 2009

Green light


Semalam aku menelefon adikku,ku tnykan khabarnyer...di awl percakapan adikku masih ok,tp lama-kelamaan suaranya bertukar menjadi sayu,mula menangis...dia memulakan cerita,katanya 3 hr sblm mak meninggal dia jatuh bilik air,dia telefon mak bgtau keadaannya...mak cakap kenapa tak berhati2 dan camna leh jatuh....3 hr kemudian mak plak jth blk air dan pergi buat selama-lamanya,katanya lagi mak pernah ckp yang mak tanam lada dekat rumah kalau adik balik nnt adik boleh tengok hasil tanaman mak....dalam sendu2 adik bercerita,sebagai abg aku hanya menjadi pendengar setianya sahaja...ku tahan air mata agar adikku xtau yg aku juga tersentuh dengan cerita-ceritanya...

Seandainya aku menangis aku khuatir adik aku akan menjadi lebih lemah...ku katakan padanya yang aku lagi merindui mak...dh berthn xjumpa...dengan harapan adik aku jadikan aku contoh mksdnya nak bgtau dia aku lbh2 lagi merindui mak berbanding dia...Alhamdulillah adik cam leh trima,ku katakan lg,mak meninggal dengan baik kita pun dapat tgk xseperti org lain kena tembak,kena bom lagi teruk dan dahsyat supaya dia mengerti ujian Allah kepada org lain lagi besar...

Aku juga menelefon ayhku bertnykan khabarnyer...ayah xbrapa sihat suara pun dah serak2 sakit tekak katanya...aku juga mendapat tahu sehari selepas kematian anak sepupuku abg sulong ayah plak meninggal...myusul sorang plak dari kaum kerabatku..

Abang-abang dan akakku semua bertnykan bila aku akan pulang,aku bgtau yg aku sedang menunggu natijah(result) apapun lepas kuar natijah baru aku akan bt keputusan aku akan balik bila nanti...apapun kalian sabar menunggu kepulanganku nanti,rasanya pulangku kali ini kurang bererti tanpa senyuman dari mak...akan aku ziarahi kuburmu mak melepaskan rindu yang sudah begitu lama terbuku di hatiku pada mak...betapa rinduku padamu xpernah kurang...mak aku merinduimu...

Saturday, June 20, 2009

Kesian adikku

Setelah selesai slt subuh,baca yaasin aku meneruskan tdoku lg hehe...biasala kt mesir di musim panas lepas subuhla paling best tdo sebabnya time tu cuaca dah agak sejuk...malam2 susah nk tdo panas sangat....kipas tu xda rehat 24 jam jer memusing kesian kipas,xpelah kipas dah 6 bulan berehat time musim sejuk...sapa nak guna dah betol2 sejuk huhu...

Terjaga dari tidur aku melihat hp aku ada sms rupanya,lalu ku buka ingin tahu sapa gerangan send sms kat aku dan apa yang dia mahu....rupanya adik bongsuku,messagenya berbunyi camni..SALAM..ABE PE KABO? ABE,JAH RINDU KO MAK LA...RINDU SANGAT-SANGAT NAK DENGAR SUARA MAK....sayu sangat bila dpt msg dari adik bongsu aku menyatakan rasa rindunya pada arwah mak...air mataku menitis lagi mengenangkan adik bongsuku...kesian adikku

Orangnya tak pernah berpisah lama dengan mak...baru jer 2 mgu mendaftarkan diri dekat kolej kejururawatan di Negeri 9,tiba-tiba mak pergi buat selamanya....aku paham dan mengerti perasaannya lalu kupujuk adikku,ku sms padanya...WKLSM SORY JAH ABG TDO TADI,ALHMDULILLAH ABG SHT,JAH LAK?..JAH SABARLAH ERK,ABG PHM PERASAAN JAH..ABG LAGI-LAGI LA RINDU 3 TAHUN XJUMPA MAK DAN XKAN JUMPA SAMPAI BILA2..DAH XLARAT NAK MENANGIS...aku mengharapkan sms ku ini sedikit sebanyak dapat menenangkan jiwa adikku...aku mengharapkan dia tabah menghadapi hari2 yg mendatang tanpa mak...

Sewaktu berada di rumah,aku selalu gakla marah2 kat adik bgsu aku ni...aku kata kat dia "tolongla mak,xkesian ker tgk mak..mak tu menoreh lagi,membasuh,memasak...mu relax2 jah"....tapi dia beruntung sebab mak selalu back up dia...penat2 jer aku marah adik...mak cakap "xpelah adik mu tu letih,biar dia belajarlah.."aku cakap plak "xkanlah besar cmni pun xleh tolong mak lagi,belajar2 gak tak kan nanti kawin baru nak belajar2 dok dapur"....tapi mak lak cakap "xpolah nanti dia habis belajar dia tolongla mak"....aku terpaksa akur dengan kata-kata mak...


Selalu gakla aku usik2 adik aku kekadang sampai dia merajuk-rajuk xnak cakap dengan aku dan aku selalu gakla aku kena marah ngan mak sebab kacau adik,maklumlah aku xramai adik just ada 2 org je,1 laki..1 pompuan....tapi aku dah siap-siapkan tektik camna nak pujuk adik,ku katakan padanya "esok tengokla da orang tu pi skola naik motor ayh"...mulala dia tersenyum-senyum,sebab dia segan nak pergi sekolah naik motor buruk ayah,kekadang no plat tercabut so bagi dia jatuh standard,kenala abg dia mengalah naik motor ayh...


Jah banyakkan bersabar..sedekahkan yaasin pada mak setiap hari,jangan lupa jasa-jasa mak dalam membesarkan kita......


motor kesayanganku....

Friday, June 19, 2009

Ajal tak mengenal usia

Setelah selesai membaca yaasin utk arwah ibuku dan anak spupuku,aku termenung sendirian mengenangkan ujian yg menimpa atas diriku lalu ku hitung tak sampai 3 mgu aku sudah kehilangan 2 org kaum kerabat terdekat selepas ini sapa plak yg akan menyusul????....adakah aku?adakah abang2 aku??adakah kakak2 aku ??? adakah anak2 sdareku.....atau sesapa saja

Semalam...sebagai saudara aku menelefon anak spupuku bertnykan khabar ahli keluarganya...menurutnya akaknya kehilangan byk darah,tiada patah2 kecuali cedera teruk di kepala dan meninggal di tempat kejadian...

Apa yang amat menyedihkan sepatutnya malam td saat2 bahagia yg ditgu oleh setiap insan di dunia,malam td sepatutnya upacara akad nikah dan ianya bertukar menjadi majlis tahlil...menurutnya lagi bakal abg iparnya datang dengan berpakaian pengantin,siap menyambut arwah di kubur dengan berpakaian pengantin...alangkah sedihnya saat bahagia bertukar tragedi

Aku menyuruh anak spupuku bersabar dengan ujian dr Allah...ku katakan padanya "mu lagi beruntung dari aku,ada disisi saat dia tiada"...katanya"ya,tapi sy xsangka dia pergi awl,umur muda lagi kalau cm mak awk xpelah dia dah tua bolehla agak dia akan pergi"...aku tersenyum mengakui kata-katanya,mungkin dia terlalu sedih hinggakan lupa ajal xmengira usia...

Kalau aku bertnykan padanya adakah dia sanggup menukar tempatnya dengan tempatku?....manakan sama hilangnya seorg ibu dengan seorg kakak!!...manakan sama hilangnya seorg ibu dengan hilangnya seorg ayah!!...manakan sama hilangnya seorg ibu dengan seorg atuk!!...pastinya takkan sama,tidur dengan baring tak akan sama walau hakikatnya sama...

Bukan niat aku utk membanding-bandingkan....bukan niat aku nak katakan yg ujian aku lbh besar darinya....tp ketahuilah hatinya lebih tenang berbanding aku,kembali akaknya menemui AL-KHALIQ di depan matanya...sempat beraya dengan arwah akaknya...tapi aku hampir 3 thn dah xbertemu mata dengan mak dan aku akan menanggung rindu sampai penghabisan umurku di bumi...kali terakhir aku melihat mak adalah hari pelepasan aku ke Mesir...

Hatiku kadang2 bercelaru,berkecamuk,berserabut....mungkin setelah melihat kubur mak baru hatiku sedikit tenang...lambaian pulang membuatkan hatiku semakin meronta-ronta ingin pulang...tapikan mak,mak jangan bimbang,nan masih ada iman..ada Allah Taala yang menjaga,DIA lebih arif akan nasib hamba-NYA....

Ya Allah KAU berilah hamba-MU ini sedikit kekuatan menghadapi ujian2 dari-Mu...berilah aku ketenangan moga aku tenang beribadat utk-MU...KAU ampunilah dosa-dosa ibuku,KAU tempatkanlah dia di kalangan mukminah solehah...moga mak berbahagia di sana..doaku sentiasa mengiringimu mak....percayalah rinduku padamu xpernah luput..

Thursday, June 18, 2009

KEMATIAN

Dari Abdullah bin Abbas ra bahwa Saad bin Ubadah ibunya meninggal dunia
ketika ia tidak ada di tempat, lalu ia datang kepada Nabi SAW untuk
bertanya,"Wahai Rasulullah SAW sesungguhnya ibuku telah meninggal sedang
saya tidak ada di tempat, apakah jika saya bersedekah untuknya bermanfaat
baginya?" Rasul SAW menjawab,"Ya." Saad berkata,"Saksikanlah bahwa kebunku
yang banyak buahnya aku sedekahkan untuknya." (HR Bukhari)

Jam 8 pagi tadi aku dikejutkan 1 sms dari anak sepupuku nik elyani...katanya SEDEKAHKAN AL-FATIHAH,aku cukup fobia bila dapat sms menyuruh aku sedekahkan al-fatihah..aku tahu mesti ada kematian,rasanya tak mampu utk aku meneruskan bacaanku...tapi aku gagahkan gak diri aku utk menghabiskan bacaan sms yg terpapar di skrin hp aku....UTK KAKAK SY AFIZA,TELAH MENINGGAL KERANA KEMALANGAN PAGI TADI...tiba2 air mataku mengalir tanpa ku pinta,aku cuba menahannya tapi ia tetap gak mengalir,mak baru je 2 mgu pergi meningglkan aku kini giliran ank sepupuku pula yang menyusul...

Kepala aku tiba2 menjadi pening,rasa berat jer..mata dah bertakung dengan air mata,percayalah air mata itu hangat,ianya boleh memeningkan kepala..dah berkali-kali sebenarnya aku pujuk hati ini supaya jangan menangis lagi tapi apakan daya aku juga insan yang lemah...kalau blh aku dah xingin menangis lagi tp hari ini air mataku gugur lagi..lemahnya aku ya Allah

Lalu sms kedua menyusul SEPATUTNYA MALAM NI DIA AKAD NIKAH..TAPI TAK SANGKA PLAK HARI NI HARI TERAKHIR DIA.AIDA JADI FOBIA SEBAB KAK JA NAK
PERGI HANTAR DIA KAT SEK MEN RENEK,MASA DALAM PERJALANAN BERLAKU EXCIDENT DENGAN ORANG SETEMPAT....alangkah sedihnya,aku dapat rasakan kesedihan yang melanda jiwa sepupuku...kak ja anak sulong dan merupakan org pertama yg akan berkahwin dlm keluarganya tapi Allah lebih awl menjemputnya..

Kalau 2 mgu yg lalu,eli sms pada aku ucapkan takziah dan meminta aku supaya banyakbersabar ..kini sebaliknya aku pula yg memintanya bersabar dengan ujian yang menimpanya...banyakkan bersabar,iAllah Allah akan ganjarkan pahala yang besar pada hamba-Nya yang bersabar dengan ujian......eli, Allah pilih kita untuk diuji,Allah nk tengok iman kita..kita mampu x menempuhinya

Aku rasakan jari-jemariku sudah begitu lemah utk menaip posting terbaruku ini...dalam tak sampai 3 minggu aku harus bersabar,bertenang menerima berita kehilangan ahli keluargaku yg terdekat...Ya Allah KAU tenangkanlah jiwaku,KAU kuatkanlah diriku...hanya ENGKAULAH yangberhak ke atas hamba-MU..aku insan yg lemah hanya pada-MU tempat aku mengadu,meluahkan apa yang terbuku dihati..ENGKAU MAHA MENDENGAR lagi MAHA MENGETAHUI akan apa yang ENGKAU ciptakan...perancangan-MU lebih teliti dari maner2 perancangan manusia...

Bagi yg masih hidup ringan2kan bibirmu memohon ampun buat saudara2 kita yang lebih awal menemui AL-KHALIQ...

Diriwayatkan oleh 'Aisyah ra. bahwa ia bertanya kepada Nabi SAW, "Bagaimana
pendapatmu kalau saya memohonkan ampun untuk ahli kubur?" Rasul SAW
menjawab,"Ucapkan: (salam sejahtera semoga dilimpahkan kepada ahli kubur
baik mu'min maupun muslim dan semoga Allah memberikan rahmat kepada generasi
pendahulu dan generasi mendatang dan sesungguhnya -insya Allah- kami pasti
menyusul)." (HR Muslim).

Wednesday, June 17, 2009

ANAK SOLEH



Anak merupakan anugerah dari Allah yg Maha Kuasa,Allah yangMaha Penyayang utk hamba-Nya.....ada org inginkan anak tp xdikurniakan anak,ada org dapat anak tapi buang anak,ada org nak anak ramai tapi dapat sikit....itu semua ragam manusia,sungguh makhluq ciptaan Allah yang bernama manusia xakan selalu puas dengan apa yang dimiliki...

Ramai orang inginkan anaknya soleh dan solehah...tapi jalan utk mendapatkan anak soleh dan solehah xseperti yg diharapkan,..tanyalah insan maner diatas muka bumi ini xda satu pun nak anak mereka xbaik semuanya ingin yg baik2,yg soleh2,yg solehah2.....

Kekadang aku tergelak gak baca paper artis yg baru melahirkan anak,letak nama anak lawa2...siap cakap nak anak dia jadi tahfiz sepatutnya hafiz quran hehe,nak yg soleh2 tapi dia sendiri tudung entah ke mana,bapak pun berantai di leher...tp aku puji hasrat murni dia mga suatu hari nanti dia betol2 berubah dan dapat anak yg dicita2kan....amin ya Rabb

Artis sendiri pun nak anak yg baik2 apatah lagi kita yg bukan artis....sbb dorang pun pikir hanya doa anak yg soleh sebagai bekalan di alam barzakh nanti,so kalo nak anak bekalkan semua tu sepatutnyer kenalah didik anak mengikut landasan yang Allah tetapkan...

Andai sekiranya kita ingin berjalan jauh semestinya kita mempersiapkan kenderaan kita sebaik mungkin,bekalan minyak,air,baiki maner2 yg rosak termsuk bekalan makanan...begitu juga kita nak menuju ke alam barzakh sepatutnya kita siapkan anak2 yg soleh dan solehah,baiki mereka andai mereka lalai,cuai supaya dorang da panduan dan xakan rosak...

Bersesuaian dengan hadis...APABILA MATINYA ANAK ADAM,MAKA TERPUTUSLAH SEGALA AMALAN KECUALI TIGA PERKARA...SEDEKAH JARIAH,ILMU YANG DIMANFAATKAN DAN ANAK YANG SOLEH MENDOAKAN KEDUA IBU BAPANYA...

Jadi kita yang masih hidup ini masih belom terlambat utk menyediakan pakej2 yg sebaik mungkin sebelom kita menuju alam barzakh dan semestinya kita xkan mampu berundur kembali ke dunia nyata...pikir2

Tuesday, June 16, 2009

Anak saudaraku..


   Seusai solat subuh,aku lelapkan mata tertdo kepenatan...mlm td aku xdapat tdo dengan nyenyak,kenangan bersama mak menerjah2 benak aku..satu persatu silih berganti ianya datang tanpa ku pinta...

   Walaupun sudah 2 mgu mak meninggalkan dunia fana ini aku rasakan seolah2 mak masih ada...masih terngiang2 di telingaku suara emak ketawa,suara emak memberikan aku nasihat,suara emak memberikan aku galakan...

  Malam td ku tenung gambar mak lama2...gambar yg ku letakkan di depan desktop aku,setiap kali aku on komputer wajah emakla orang pertama yg aku pandang...sungguh sayu hatiku bila melihat raup tuanya...terasa ketenangan meyelinap jiwaku setelah memandang wajah tuanya...dalam kerutan di dahinya terpamer sifat keibuan yang sedia ada dalam dirinya..

  Masih ku ingat di wktu kecilku...aku dan hamid selalu main belon atas rumah,konon kami lawan takraw,emak datang pelan2 dari belakang lalu PANG....satu tepukan di atas belakangku dengan selipar jepun..lalu aku dan hamid berlari terjun ke tanah.....ku gelak seorang diri bila mengingatkan kisah lalu....sungguh hamid sangat kejam xbgtau aku yang mak datang dari belakang tp mungkin dia sendiri tak perasan sebab leka bermain belon bersama aku...

  Aku tidak memarahimu sebab aku tau itu salah aku,marah mak hanya seketika bila aku dah naik atas rumah balik tiada pun leteran dari mak...mungkin sebab aku telah mengganggu wktu rehat mak dengan bermain belon...

  Petang ni kesunyian tiba2 bertamu...ku pikir cmna utk aku menghilangkan sunyi aku,lalu ku dail no tepon abgku niat hati nak berckp dengan ank bongsunya amin....aku suka mendengar kepetahannya bercakap dan lawak yg masih ku ingati...pernah aku tanyakan amin"amin balik kampung ker?...dia menjawab"yer amin balik kampung".lalu ku tanya lagi"amin datang tengok mak ke?mak dah mati ke min?"....dijawabnya"yer mak dah mati,eh2 silap mak pengsan la"...aku ketawa kecil bila dia menyebut pengsan..."mak pengsan kena tanam jugak ke min?"...amin menjawab"yer pengsan pun kena tanam gak"....hahaha makin kuat gelak aku,budak2 belom tahu membezakan mati dan pengsan....sekarang umurnya dah 5 thn...

  Berbalik cerita tadi,panggilan aku disambut oleh akak iparku..berborak2 sekejap bertnyakan khabar masing2...katanya abg aku masih penat belom dpt membiasakan diri dengan iklim malaysia maklumlah baru balik dari Mekah,kepulangannya plak hanya kubur mak yang menanti xsempat bertemu mata dengan mak buat kali terakhir...

  Setelah selesai berborak dengan akak,akak berikan gagang telefon pada anis...lalu ku tnyakan anis"darjah berapa sekarang"..."darjah satu"katanya...."anis seronok x sekolah"..anis menjawab "seronok"......ku tny lagi "gigi depan anis dah tumbuh".."dah tumbuh"katanya lagi..."pok ne xnampak pun gigi anis"selorohku pada ank sedaraku....lalu dijawabnya"tengah bercakap kot tepon maner nak nampak"....hehehe aku tergelak kecil ngn jwpn ringkasnya..."anis balik kampung x?"...."balik"anis menjawab ringkas..."anis p kubur mak x?"tnyku lagi...."pergi"jwbnya,"dekat kubur anis doa x?"..."doa"jwbnya lagi...."anis doa pe yer?"tnyku..."anis baca al-fatihah"jawabnya spontan..."sapa ajar anis" soalan terakhir dariku.."ummi"ujarnya lagi...

  Sungguh ku terharu anak saudaraku yg darjah satu pun sudah diajar camner utk mendoakan kebaikan utk org tua...iAllah anis,anis akan menjadi anak yg solehah nanti,nanti selalu doa2kan utk abah dan ummi yer anis...

  Azan asar sudah berkumandang aku berhenti kat sni dahulu,untuk mempersiapkan diri utk menyembah yang Maha Agung...malam nanti aku akan dikunjungi 3 org sahabat sekolah lamaku dulu...ku menunggu kalian tiba....

 SALAM....

Monday, June 15, 2009

Mengalir lagi..

  Dalam asyik aku edit blog aku,tetiba ada seorang kawanku bertanyakan aku sapa nickname well kat shoutbox aku...aku cakap xkenal lalu ku cuba tengok tapi tiada, jenuh aku mencuba utk membacanya..last2 skali aku cuba refresh barulah timbul msg tersebut lalu cepat2 aku membacanya...

  Rupanya well yg kawan aku maksudkan adalah abg aku sendiri...tidak ku sangka dia membaca blog aku walhal xpenah ku bgtau kat sesapa dalam kuargaku tentang blog aku kecuali sorang ank saudaraku itupun aku xpasti dia baca atau tidak...

  Aku paste balik kata2 abgku yg ditujukan khas padaku...

SALAM,NAN NI ABG MAIL NI,SABARLAH YE,KAMI SEMUA RINDUKAN ARWAH MAK..ABG PUN TAK DAPAT MENAHAN KESEDIHAN WALAUPUN SETIAP HARI ABG JUMPA MAK,BOLEH DIKATAKAN SETIAP MASA ABG DI RUMAH MAK..WALAUPUN ABG DAH SEWA RUMAH DEKAT TAMAN PERUMAHAN ANAK IKAN NI...

ABG TAU NAN AMAT RINDUKAN MAK TAPI KITA KENA INGAT TUHAN LEBIH MENYAYANGINYA KERANA MAK KITA ADALAH MILIK-NYA...MAK TINGGALKAN KITA TANPA PERLU SUSAHKAN KITA NAN...INGAT SEDEKAHKAN AL-FATIHAH SETIAP HARI PADA ARWAH MAK...ABG PUN TAK DAPAT LELAPKAN MATA BILA RINDUKAN MAK...

  Air mataku terus melaju seusai selesai membaca message dari abgku...aku tau betapa dia juga sama sepertiku merindui mak tercinta....ketahuilah betapa rinduku lagi menebal...abg berkesempatan bersama mak sblm mak menghembuskan nafasnya yg terakhir,abg sempat mengucup mak bt kali terakhir dlm hidupnya tapi aku....aku hanya mampu bertemankan air mata sebagai penawar dan penghibur hati......kenangan manis bersama mak kembali menerjah fikiranku perlahan-lahan air mata yg ku tahan dari tadi mengalir lagi di pipiku....sungguh tidak ku mampu menahan air mata yg bergenang dikelopak mataku utk terus gugur....ku juga tak mampu menangkis memori2 indah bersama mak...ku cuba jauhkan memori2 di saat aku bersama emak tetapi sungguh aku xberdaya menghindarnya dari terus bermain dibenakku...

 Di saat aku menulis posting ini,sekali lagi dengan mudahnya air mataku mengalir tanpa ku pinta...betapa mudahnya air mata aku mengalir walaupun dah berkali2 aku pujuk hati ini agar jangan menangis lagi....

tidak menghampakan..

firakh ngn ikan masak merah
first time aku buat ikan keli berlada hehe

pelbagai hidangandonut coklat dan donut gula

nasi tomato

syurbah fawakih dan sandwish sotong

mixs grill

wau firakh

hadharol maut



nasi lemak ustaz nahi

Ku masih ingati lagi sebelom aku meninggalkan tanah air tercinta,keluarga tersayang menuju ke bumi Mesir bagi menggapai impianku selama ini untuk menuntut di Al-Azhar As-Syarif...

Aku seorang anak yg suka memuji masakan mak walaupun kekadang masakan mak amat simple tp bagiku air tangan seorang ibu itu amat berharga...sebelom aku aku berangkat meninggalkan malaysia bermacam2 masakan aku mintak mak buatkan utk aku supaya bila aku berada di sana aku tak mengidam masakan mak....

Alhamdulillah mak tak pernah merungut dengan permintaanku semuanya ditunaikan dengan ikhlas hati...cumanya aku terlupa nak mintak mak masak nasi lemak,sampai di Mesir baru teringat yg aku terlps pandang nk minta mak buatkan nasi lemak...

Tapi ku pujuk hati,ku katakan bila balik malaysia nanti aku akan minta mak buatkan special untuk aku...bukan nasi lemak saja banyak lagi menu2 lain yg semestinya aku set di dlm kepalaku untuk mak masak..antaranya nasi dagang,bubur lambuk kegemaranku,ikan percik dan banyak lagi..

Ku sudah berkira-kira andai sekiranya aku ditakdirkan najah(berjaya) dalam imtihan(peperiksaan) tahun 4,bulan 10 nanti aku akan berangkat pulang ke malaysia setelah 3 tahun berada di Mesir hanya tinggal beberapa bulan saja lagi..aku sudahpun set di dlm kepalaku nak mak tunaikan segala permintaan aku sebagaimana mak janji padaku nak masak macam2 bila aku pulang ke tanah air nanti....sekarang janji tinggal janji,mak tak sempat melaksanakan janjinya pada aku....dan kini aku tidak lagi dapat merasai air tangan dari ibuku buat selama-lamanya kerana Allah lebih menyayanginya....

Mak sendiri tahukan setiap kali aku call mak semestinya aku bertanyakan mak masak apa hari ini..mak mesti tergelak kecil sebab soalan ni tak pernah miss aku tanya...kekadang sampaikan mak ckp xnk bgtau katanya nantikan mak bgtau terliur plak...itulah gurauan mak dengan aku setiap kali aku menelefonnya...

Kenangan bersamamu mak xkan kulupakan sampai bila-bila....Moga mak tenang dan berbahagia menemui Al-Khaliq....

Sunday, June 14, 2009

aku merinduimu...



Al-fatihah buatmu sahabat...kini genapla 2 thn dikau meninggalkan kami...kenangan manis bersamamu hampir 4 thn xkan kami lupakan begitu saja...ketahuilah pemergianmu ditangisi ramai termsuklah aku yg amat terasa akan khlngmu...

Masih segar dlm ingatanku di saat2 sebelum engkau meninggalkan kami bt selama-lamanya...kita belajar bersama2 utk mengharungi peperiksaan,aku masih ingat setiap malam kita study mesti kau pinta kitaorg masakkan makanan kegemaranmu iaitu makaranah(sejenis mee arab) goreng.....waktu pukul 2 pg pun engkau sanggup keluar membeli makaranah semata ingin menghilangkan rasa mengidam...ingat x lg selama tiga malam berturut2 engkau arahkan kami bt makaranah goreng dan ridhuan lah mangsa utk memasak masakan kegemaranmu...

Ingat x time kita makan engkau dan semua org bergelak ketawa hanya aku je yg tak gelak smbil meneruskan suapan ke dlm mulut....lalu kau menoleh pdku dan berkata "org lain dok gelak mung dengan slumber blh makan hahaha"engkau meneruskan gelakmu....

Di wktu kita mkn aku berkata padamu "ini last kita makan sama2 xtau la kita blh makan sama bler plak".....sungguh tidak ku sangka rupanya kata2ku itu merupakan kata2 terakhir utk kita makan dlm talam bersama....

Di malam itu kita blaja ilmu tayarat(aliran pemikiran)....kita semua langsung tidak memahaminya hinggakan kita menghafal buta...kita spot soalan,aku dan mat min menghafal sungguh2 sbb kami xphm...engkau,dhuan dan imang study2 bler dh jemu main game bola...suasana kita mlm itu penuh dengan hiruk pikuk....betapa aku merindui suasana itu lg

Keesokan harinya,kita pergi exam bersama2....bler dpt soalan kita saling memandang dan sama2 tersenyum sebab apa yg kita spot mengena...apa lagi kita mnjawab dengan senang hati...

Pada malamnya kita sama2 ke cyber cafe,kau dan imang saling mencabar sapa paling lama kat cc...aku lak surrender awl2 xboleh lawan engkau dan imang,pada mlm itu jugak aku xdapat tdo kt umah sbb boring mungkin sbb kita selalu bersama ngn kwn2 lain tiap2 malam lalu aku ke rumah syidi...tak ku sangka kau turut pergi sama...mlm itu kita makan indomee rebus dan minum air gas yg kau bawa...rupanya baru ku tahu mlm itu time kau chat dgn imang kau ada mengajak imang ke rumah syidi dan masak makaranah goreng lg...tp imang menolak sbb dh lewat malam dan mintak nk buat keesokan harinya...tapi katamu kau ingin ke kaherah, itulah sebabnya mlm itu kau hanya beli indomee utk melepaskan rindumu pada makaranah goreng

Keesokan harinya engkau ke Kaherah,konon nak bt blazer cm korea...kau pergi bersama ikhwan,aku pulak keesokan harinya ke kaherah...menurut kawan2 kita yang lain inilah kali pertama engkau balik bersendirian selama berada di Mesir...balik dari kaherah ke mansurah

Sewaktu aku berada di kaherah ada salah seorg kawan kita bgtau engkau dipukul orang...sangkaanku engkau dipukul arab tp aku juga pelik sbb engkau maner suka bergaduh dengan sesapa...sbb engkau antara kwn aku yg paling suka mengalah dalam apa jua keadaan

Di waktu subuh....aku mendapat panggilan dari mat min dlm keadaan sebak2 dia memberitahuku bahawa engkau telah kembali kerhmatullah....terus gugur dan berlinangan air mataku kerana aku telah kehilangan seorg sahabat baik aku di bumi anbiyak...

Aku tak sempat pulang ke mansurah memandangkan kwn2 bgtau jenazah engkau akan disolatkan di kaherah...aku terus menunggumu di kaherah,sana sini org bercerita tentang engkau...aku plak xblh dgr org sebut namamu mesti menangis smpaikan aku melarikan diri jauh2 dari org yg bercerita....

Kematiaanmu amat tragis engaku dibunuh oleh pelajar malysia sendiri walhal engkau tiada buat silap dengan dia...menurut kwn2 yang lain,engkau adalah mangsa keadaan,sampai sekarang kami masih tidak mengetahui apakah punca sampaikan dia sanggup membunuhmu...

Aku mengharapkan engkau tenang berada di sana,.iAllah bila aku kembali ke mlysia nanti akan ku ziarahi kuburmu wahai sahabat...sesungguhnya aku amat bertuah memiliki seorang sahabat sepertimu,engkaulah sahabatku dunia akhirat..

kenangan bersama...

antara gambar2 kenangan yang masih ada dlm simpananku bersama sahabat baik aku mohd bin ishaq...al-fatihah





idola

  Sudah semestinya idolaku ayah aku sndiri...ayahku kini usianya sudah hampir mencecah 80 an,diusia selewat ini biasanya kebayakan org tua berehat bersantai dengan anak2 tp tidak bagi ayhku...diusia ini dia msh kuat melakukan kerja2 berat kerana masih ada lagi anak2nya yg masih blaja termsuklah aku...
  Sebenarnya ayah merupakan tulang belakang dlm kuarga...ayah merupakan sumber inspirasi pd mak..ayah orgnyer cool seandainyer dia ditimpa musibah atau masalah dia bersikap tenang dan tidak menggelabah...ku igt lg pnh seseorg nk bt xelok pada akakku...aku xtau mgapa ayah kurang myukai lelaki tersebut sedangkan aku baik jer ngn dia...umurku mencecah 20 thn bru aku mgetahui hal sebenarnya itu pun setelah aku bertnykan pd mak....kagumnye aku pd ayah dia xmgajar ank2 dia memusuhi sesapa,walaupun berat hatinyer setiap kali memandang lelaki tersebut...dan aku xdiajar menyimpan dendam itulah mak dan ayah ajarkan padaku tp manusia tak semuanyer sempurna kekdg perasaan tu xdpt aku elakkan...itulah manusia insan yg lemah
  Aku ingin pulang berbakti kpd insan tua yg masih ada...ku kira mak juga insan bertuah dijodohkan dengan ayah....ayah byk mgajar mak sifat sabar,ayah xpnh mengeluh dengan kekurangan dlm mencari rezki...xnah mgeluh anak ramai walhal ayah hanya bekerja sebagai petani...ayah sanggup bela 12 org anaknyer dgn gigih...
 
   Hari2 yang mendatang ayah tidak lagi ditemani oleh sayap kirinya..ku tau perasaan ayah di waktu ini... ditglkan org yg paling disayangi susah senang bersama selama berpuluh2 tahun ayah bersama mak...walaupun menerimanya dengan redha tp sedikit sebanyak perasaan sedih masih menyelubungi ayah...
 
  Sebagai anak aku mengerti perasaan seorang insan bernama lelaki...andai sekiranya ayahku ingin berkahwin lagi,aku dengan ikhlas hati merestuinya andai itu yg boleh mengembirakan ayah di hari2 yg mendatang...tak sanggup aku melihat idolaku hidup dalam kesunyian..
  Di kesempatan ini ingin ku ucapkan berbanyak terima kasih padamu ayah kerana sanggup membesarkan dan mendidik aku sehingga ke menara gading impianku tanpa pernah engkau mengeluh dlm membesarkanku...Ayah ketahuilah jasamu walau segunung emas tak kan terbayar....ayah dan mak idolaku dunia akhirat...akanku ceritakan pd anak2ku nanti betapa gigihnyer ayah dan mak membesarkan dan mendidik aku dan adik beradikku agar mereka mencontohi semangat yg ada pd dirimu....
  Terima kasih idolaku....

Saturday, June 13, 2009

Bertuahnya mak....


   Perasaan rinduku pada kuarga xdpt ku tahan lalu aku menelefon adik aku....bertnyakan khabar org tuaku yg msh hidup...tny khabar abg2,akak2 dan adikku sndiri....katanya sumer sihat dan berkumpul kt umah,tengah minum air zam zam yg abg aku bawak pulang dari mekah,semalam baru dia smpai dan pg ni terus pulang ke kampung menziarahi kubur mak..

   Aku bercakap dgn abgku,katanya dia tengah menghitung barang2 kemas mak..dia meminta izin dariku utk mengira sebagaimana yg dimuafakatkan oleh adik beradik....lalu ku katakan padanya ikutlah kaedah mirath(kaedah pusaka dalam islam)......kata abgku ikut mudah2 ja...dia nk mintak persetujuan dari 12 adik beradikku supaya duit barang kemas tu bagi dekat aku utk aku beli kitab2 muktabar kt mesir dan simpanan utk beli tiket kepulangnku nnt....

  Nak tau apa yg aku rasa?...ya Allah bertuahnya mak miliki ank2 yg cukup baik,walupun adik beradikku ramai..mak xberpelajaran tinggi tp mampu bg pada ank2 ilmu yg ku kira cukup berguna.....timbul perasaan cemburu dlm diriku pada mak,mak mampu lahirkan ank2 yg soleh dan  solehah,mak mampu laksanakan tugasnya dgn baik wlupun anknya seramai 12 org...tp aku??? adakah aku mampu setanding mak?mampukah aku utk mendidik walaupun seorg anak yg soleh@solehah...mampukah aku????...tapi mak dah mampu membuktikannya padaku,aku dah melihat hasil didikan mak selama ni...ku doakan moga aku juga mampu miliki anak2 seperti mak dan isteri yg mampu melaksanakan tugasnya sebaik mungkin...akan aku ceritakan kpdnya bagaimana mak mendidik kami agar ianya menjadi sumber inspirasi baginya...

tahlil

   " Setiap yg bernyawa pasti akan mati"............inilah janji Allah Taala pada hamba-Nya,yang kekal abadi hanyalah Dia yg Maha Agung...bila semua ciptaan-Nya telah hancur maka kita akan beralih ke dunia baru iaitu dunia kiamat...

    Jam 1 pg baru aku pulang ke rumah...perut kekenyangan bkn kenyang ngn nasi tapi penuh ngn air maklumlah musim panas...plak tu kwn aku syidi bt air bandung manis sangat so aku kira ianya amat sesuai ngn lidah aku yg dari kecik diajar dgn masakan kelate hehehe tima kasih syidi....

  Majlis bermula jam 9 mlm dengan bacaan yaasin,tahlil,solat isyak,solat hajat dan akhir sekali jamuan mkn nasi minyak...apa yg menarik kami semua mkn dlm talam,makan berjemaah katakan...amat seronok skali,aku memang suka makan dlm talam..berkatnyer lain berbanding makan sorang2...

   Untuk pengetahuan semua hari ini genaplah 2 tahun kematian sahabat baik aku,saudara mohamad bin Ishak....masih ingat lagi ke kalian pada seorang pelajar mesir yg dibunuh pada 2 thn lepas...dia merupakan antara sahabat baik aku,kami berkawan hampir 4 thn bermula dari kusza lagi...Allah lebih sayangkannya...moga dia tergolong dikalangan org2 yg terpilih...

  Hari ini juga genap 15 hari mak meninggalkan dunia fana ini....aku masih ingat setiap kali aku tepon mak dan setiap kali itulah mak akan cakap iAllah tahun ni boleh balikkan...aku dapat rasakan betapa dalamnyer kerinduan mak pada aku...mak ckp lagi nanti balik mak masakla sumer apa yang nan nak makan....terharunyer aku hati seorang ibu dlm apa jua keadaan masih inginkan yg terbaik untuk anaknya...masih ku ingat lg bila aku katakan pada mak yg aku pandai gak masak sikit2,mak tergelak kecil..sememangnyer dia tau aku xpndai masak sebelom ni,goreng ikan pun xreti apatah lg masak benda2 lain sebab tu mak tergelak...sekarang janji tinggal janji,mak xsempat nk tunaikan permintaan aku yg banyak sebab aku dah bgtau mak yang aku nk makan macam2 masakan mak dan aku juga xsmpat tunaikan permintaan mak nk merasa masakan anak lelakinya yg xseberapa......so pada siapa aku ingin masak?????.....pagi ni aku tatap wajah tuamu itu dan aku kucup gambarmu berkali2 sebagaimana lazimnyer mak lakukan pada gambar anakmu ini....

  Ketahuilah mak betapa anakmu ini begitu merindui gelak tawamu....setiap minggu aku xpenah putus menelefonmu dan sekarang aku dah xboleh lg mendengar cerita2 darimu,mendengar gelak tawamu....Dan sekarang hanya bacaan yaasin sahaja penghubung antara kita kerana kita sudah berada di dalam dua dunia yang berbeza mak...nan terima segala ketntuan dari Allah,mungkin inilah ujian dari Allah utk nan lebih kuat....nan doakan mak tenang di sana..ketahuilah mak dlm setiap kali doaku,aku sentiasa mendoakan moga mak hadir dlm mimpiku..betapa aku merinduimu..

Friday, June 12, 2009

kisah aku..


Alhmdulillah aku berjaya gak hbskan exam wlupun kekadang semangat aku tiba2 cm dah mati...syukur pd-Mu ya Allah,Engkau lbh mengetahui akan nasib hamba-Mu kerana Engkaulah pencipta isi di langit dan di bumi.

Inginku kisahkan disini,pd 30 mei 2009 tepat jam 1.30 ptg aku mendpt 1 sms dari anak sepupuku...smsnyer lbh kurg cmni "awak sy mntk maf byk2,sy bru tau pasai mak awk..sy berada di Kuala Tganu skrg xsempat nk p ziarah,awk bykkan bersabar yer..al-fatihah utk arwah"....alangkah terkejutnyer hati aku,tp aku cba tenangkan diri..aku katakan dlm diriku hrp2 eli silap msg..Kuargaku sendiri blom memaklumkan pdku agak sukar bagiku utk mempercyainyer..

Ku kawal perasaan sebaik mgkin aku xnk kwn2 aku sedar yg aku xkeruan skrg...aku terus menuju laptop kwnku lalu ku dail no tpn adik aku dlm keadaan tgn terketar2...hanya Allah sjer yg tau perasaan aku time tu...lps siap aku dail,adik aku myambut pggilan aku..aku cba berlagak tenang...ku tny adikku dgn sebaik mgkin soklan..."mid mak sakit per?".....adik aku tny aku balik.."tau maner?"...aku tny lg "btol ker mak dah xda"...adik aku ckp.."sbrlah byk2"...ya Allah disaat itu aku xmampu berkata2 terus laju air mataku mgalir,aku rasakan bagai bermimpi...bru jer 3 hr lps aku call mak...mak ckp dia sht,mak siap bt lawak lagi ngn aku...ku igt lg satu lawak mak,ku tnykan berapa byk kelapa sawit ayh jual,mak kata beribu2...ku tny lagi beribu2 xkanlah byk cmtu...lalu mak ckp cbala bilang biji2 kan beribu2 lalu aku tergelak besar...xsgka mak yg dh begitu tua msh melawak ngn aku....sblm aku memutuskan talian mak berpesan pdku katanyer sblm jwb exam pkir dlu,jgn kuat mkn dan jgn byk tido....ya Allah alangkah tidak ku sgka rupanyer itu pesanan terakhir dr arwah..

Air mataku makin laju mengalir,lalu adik serah hp pd akakku...akakku hanya menangis nk berckp pun dah tergagap2...maka makin lajula air mataku mengenangkan dh hmpir 3 thn xjmpa mak...dan kini aku xakan berjmpa bt selama-lamanya,aku redha ya Allah andai ini ujian pdku...kata akakku lagi betapa mak bgitu merinduiku...setiap kali tgk gmbar aku,mak akan cium berkali2..berlinangan air mata aku,aku dpt rasakan betapa mak sgt2 merindui aku yg jrg2 bertemu dr aku skola menengah lg...

ya Allah exam lom habis lg,aku diuji kehilangn org tersyg dlm hdpku...betapa berkecamuknyer hati...di saat ketiaadaan mak hny aku dan abg alias jer yg xda...abg ke mekah hr jumaat,mak mnggl hr sbtu...betapa merontanyer jiwa aku,org len selalu berada di sisi mak,dpt cium lak mak sblm dikebumikan....aku???? aku hanya mampu mngalirkan air mata,hanya bacaan2 yaasin jer mampu mgubat perasaan aku dan hanya doa kpd Allah yg mampu ku utuskan pd mak..

Di mlm harinyer kwn2 aku mgadakan thlil n slt jenazah ghaib di bait(rumah) Taubah...rmi kwn2 dtg mgucapkan tkziah pdku...aku hny mampu mgucapkan tm ksh dan tersyum mymbunyikan perasaan sedih yg msh bersarang....tm ksh kwn2 jasamu hny Allah sjer yg mampu membalasnyer...

Jam 2 pg bru aku mampu lelapkan mata itupun kalo blh aku xnk celik sbb bler aku sedar aku akan menangis mgenangkan mak...keesokan hrnyer aku mndpt 1 sms katanyer kubur mak berbau wangi...aku mgucapkan syukur seolah2 Allah tgh pujuk aku dan mngatakan bahawa mak aku mgkin antara org terpilih...aku sedar mgkin inilah balasan Allah pd mak di atas sft sbrnyer...mak diuji Allah hmpir 20 thn dgn akak yg xbraper sht dan len2 ujian ternyata mak seorg yg cekal dlm mghadapi ujian...smgu slps kematian mak,aku sms adikku bertnykan kubur mak cmner?katanyer baunya msh ada...alangkah meronta2nye jiwaku ingin merasai bau yg semacam mana diorg hidu...ya Allah kau kekalkanlah baunyer biar aku sndiri dpt mghidu sama semacam diaorg...

Mlm sblm mak pergi ht aku tenang sgt2 smpaikan aku ckp dlm ht knapa aku rasa tenang sgt2 mlm ni xpnh aku rasa tenang semacam ni..rupanyer Allah nk bgtau bhawa esok aku akan mghadapi ujian yg lbh besar...

Mak tugasmu di dunia telah selesai dan kini gilaranku plak berbakti pdmu...segala jasa dan budimu pdku xkan aku lupakan smpai bler2..pgorbanan n penat jerihmu selama ini akanku jdkan cnth buat diriku n cucu2mu nnt...moga dirimu tenang menemui yg Maha Berkuasa.....Al-fatihah utk mak tersayang..

Monday, June 8, 2009

kenapa?

kenapala aku bgtu mls skali utk membaca....??? paper da 1 jer lg,falsafah....aku kena kuat kena tabah..kena igt jasa org tuaku,mereka msh sanggup myara aku walhal umur cm aku ni dah ptt bekerja,di mana rmi kwn2ku sudah pun mghabiskan dgree dioarg dan dah da yg beranak pinak....AKU????? degree pun lom hbs lg.

Ya Allah berilah hamba-Mu ini kekuatan dlm mghadapi hari2 yg mendatang.....paper last aku hr khamis nnt..bru bc 10 muka surat betapa mlsnyer aku...syaitan pgkat maner yg jaga n kawal aku setiap masa....berapa paku pgkt dia kat bahu...ya Allah jauhkanlah setan2 ni drpdku..

Sunday, June 7, 2009

exam bi(bahasa ibunda)

salam semua...nmpknyer dh bgtu lama aku mngglkan blog aku ni smpai xdok posting2 yg terbaru...sibuk@buat2 sibuk...hrni aku da paper bi seperti yg tertera di atas,alhmdulillah apa yg doc bg sumer msuk,aku bt dlm masa stgh jam kami berlumba2 utk tgk saper siap dlu...pemenangnyer ahmad,aku lak xtau no waper hehehe apapun aku ttp dpt no....



sbnrnyer byk benda ingin aku luahkan tp memndgkan masa amat mencemburui aku so aku tamatkan kalam aku kt sni ajer len kali aku sambung lg hehehe doakan kejayaan aku..tgl 1 paper lg yakni paper falfasah...