Walaupun sebulan sudah berlalu tapi rinduku pada emak tak pernah padam,dalam aku cuba utk mengurangkan perasaan rinduku aku menyibukkan diri menulis blogku meluahkan apa yg terbuku di hati,mencari input-input yang berguna di blog orang lain dan melarikan diri ke tanta....
Hari ini aku terpikir-pikir apa yang ingin aku tulis dan share dengan sahabat-sahabatku lalu terlintas di mindaku peranan seorang anak selepas kematian ibu bapanya...aku mencari serba sedikit maklumat utk dimasukkan ke dalam entry terbaruku...
MENTAATI KEDUA IBU BAPA
Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.” - Riwayat al-Hakim
apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.
Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar.
Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredhaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.
Sayangiah ibu bapa kita kerana merekalah yang membesarkan kita dan mendidik kita menjadi insan yang berguna...kata orang tua hatta nyamuk seekor pun emak xkasi gigit badan kita,mereka berkorban masa tido mereka bila terdengar tangisan anak,mereka sanggup berkorban tenaga dalam membesarkan kita,mereka juga mengobankan perasaan bila anak berjauhan dari mata...
Tapi kita sanggupkah kita berkorban segala-galanya seperti mereka korbankan kepada kita?tanyalah diri kita apakah peranan kita yang telah kita lakukan tika hayat mereka masih ada dan belom terlambat utk kita berbakti kpd mereka...tanya diri kita adakah kita pernah mengguriskan perasaan mereka?adakah mereka berpuas hati dengan sikap kita sekarang terhadap mereka...ingatlah redha mereka lebih penting dari segala isi bumi
Kata-kata ini aku tujukan pada diriku yang lemah dan buat sahabat sahabiah sekalian..ingatilah jasa mereka selagi hayat mereka masih ada jgn menyesal di kemudian hari...
emak...rinduku padamu tak pernah padam,aku mengharapakan sebelum mak menutup mata,mak pernah medoakan aku dan memaafkan salah silapku selama ini terhadap mak samada sengaja ataupun tak sengaja..ampunkan anakmu
Resepi Donut Cik Dah Jawa
5 years ago
No comments:
Post a Comment