first time aku buat ikan keli berlada hehe
pelbagai hidangandonut coklat dan donut gula
syurbah fawakih dan sandwish sotong
mixs grill
wau firakh
hadharol maut
nasi lemak ustaz nahi
Ku masih ingati lagi sebelom aku meninggalkan tanah air tercinta,keluarga tersayang menuju ke bumi Mesir bagi menggapai impianku selama ini untuk menuntut di Al-Azhar As-Syarif...
Aku seorang anak yg suka memuji masakan mak walaupun kekadang masakan mak amat simple tp bagiku air tangan seorang ibu itu amat berharga...sebelom aku aku berangkat meninggalkan malaysia bermacam2 masakan aku mintak mak buatkan utk aku supaya bila aku berada di sana aku tak mengidam masakan mak....
Alhamdulillah mak tak pernah merungut dengan permintaanku semuanya ditunaikan dengan ikhlas hati...cumanya aku terlupa nak mintak mak masak nasi lemak,sampai di Mesir baru teringat yg aku terlps pandang nk minta mak buatkan nasi lemak...
Tapi ku pujuk hati,ku katakan bila balik malaysia nanti aku akan minta mak buatkan special untuk aku...bukan nasi lemak saja banyak lagi menu2 lain yg semestinya aku set di dlm kepalaku untuk mak masak..antaranya nasi dagang,bubur lambuk kegemaranku,ikan percik dan banyak lagi..
Ku sudah berkira-kira andai sekiranya aku ditakdirkan najah(berjaya) dalam imtihan(peperiksaan) tahun 4,bulan 10 nanti aku akan berangkat pulang ke malaysia setelah 3 tahun berada di Mesir hanya tinggal beberapa bulan saja lagi..aku sudahpun set di dlm kepalaku nak mak tunaikan segala permintaan aku sebagaimana mak janji padaku nak masak macam2 bila aku pulang ke tanah air nanti....sekarang janji tinggal janji,mak tak sempat melaksanakan janjinya pada aku....dan kini aku tidak lagi dapat merasai air tangan dari ibuku buat selama-lamanya kerana Allah lebih menyayanginya....
Mak sendiri tahukan setiap kali aku call mak semestinya aku bertanyakan mak masak apa hari ini..mak mesti tergelak kecil sebab soalan ni tak pernah miss aku tanya...kekadang sampaikan mak ckp xnk bgtau katanya nantikan mak bgtau terliur plak...itulah gurauan mak dengan aku setiap kali aku menelefonnya...
Kenangan bersamamu mak xkan kulupakan sampai bila-bila....Moga mak tenang dan berbahagia menemui Al-Khaliq....
No comments:
Post a Comment